24 Januari 2013

PANAS ! Apa Hal Nie Bro....Dia Gila ke.., dia pencuri ke ...Sudah Gari Lu Belasah Sampai Mati...Ingat Haiwan Ke..??



Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar

Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.

Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga simati.

Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, sejak pagi ini setelah diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam.

Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan membuat sidang media selepas bedah siasat tamat pada malam ini.

Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di satu taman perumahan di Hulu Langat.



 Saksi Dakwa Lihat Polis, Samseng Belasah Lelaki Bergari Hingga Mati



Seorang pengawal keselamatan dalam keadaan bergari yang dikejar oleh empat anggota polis telah dibelasah hingga mati bersama-sama sekumpulan 20 orang samseng di Hulu Langat semalam, dakwa seorang saksi hari ini.

Walaubagaimanapun punca anggota polis cuba menahan mangsa berusia 40 tahun C Sugumaran masih belum diketahui.
Beliau didapati dalam keadaan berbogel dan bergari, menurut saksi.

Mayatnya pada ketika ini berada di Hospital Serdang dimana keluarga mangsa tidak dibenarkan untuk menjenguk.Menurut saksi yang hadir di hospital hari ini, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Sugumaran dilihat melarikan diri daripada empat anggota polis di dalam dua buah kereta peronda di jalan utama yang berjarak lima minit dari rumahnya.

Keadaan trafik ketika itu sesak menyebabkan anggota terbabit memberhentikan kenderaan mereka dan mengejar Sugumaran dengan berlari.

Selepas menangkap dan mengari Sugumaran, hampir 20 orang daripada restoran berhampiran menyertai anggota polis tersebut dan meneruskan serangan keatas mangsa."Polis memijak leher Sugumaran,"
kata R Moohanarajan kepada The Malaysian Insider di Hospital Serdang hari ini.

"20 ke 30 orang ramai memakai baju biasa membelasah mangsa. Dia terbaring dengan tangannya bergari di belakang," tambah Moohanarajan yang merupakan jiran Sugumar.

Saksi ditempat kejadian itu berkata insiden tersebut berlaku hampir 10 minit antara 6.30 petang semalam berhampiran tanah perkuburan Taman Perkasa di Batu 12, Hulu Langat.

Hampir 20 orang terdiri daripada keluarga Sugumaran, saudara dan jiran berkumpul di hospital sejak 9 pagi dan meminta untuk melihat mayat mangsa.

Emak mangsa, K. Manimagalay hanya dibenarkan untuk melihat mayat anaknya enam jam kemudiaan pada 3.10 petang. Beliau teresak-esak menangis selepas keluar dari bilik mayat dan terpaksa ditenangkan oleh adik lelakinya.

Pertengkaran berlaku apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam menjerit: "Gari masih dibadan. Celaka! Dah mati tapi masih gari. " Orang ramai mula menjerit marah dengan lima anggota polis cuba mengawal keadaan diluar.

Moohanarajan, seorang pengganggur berkata dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli permainan video telah melihat anggota polis mengejar Sugumaran kemudiaan membelasahnya, menggarinya dan kemudiaan membaling serbuk kunyit ke muka mangsa.

Beliau menambah polis foreksik hanya datang pada jam 11 malam untuk mengalihkan mayat mangsa ketika hujan turun.Manimagalay berkata anak bongsunya Sugumaran tidak memiliki sebarang rekod jenayah.


"Dia tidak pernah mencuri. Dia tidak membunuh sesiapa.... Orang ramai berkata dia bergaduh dengan warga Nepal lagipun," kata beliau kepada wartawan. Ibu kepada tiga anak tersebut juga berkata Sugumaran mengalami sakit mental tetapi tidak menyatakannya dengan jelas.

Rakan Sugumaran, T. Panirselvam berkata Sugumaran seorang yang panas dan sering bertindak secara melulu jika diusik."Mungkin dia tertekan," kata Panirselvam, sambil menambah ibunya sendiri pernah membuat laporan polis keatas Sugumaran beberapa tahun lalu tetapi tidak menyatakan puncanya.

Peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran memberitahu hari ini selepas melihat mayat mangsa beliau mendapati kaki kiri mangsa tercedera dan terdapat banyak parut yang menunjukkan "dia telah ditolak jatuh".

Surendran juga menggesa siasatan segera oleh pihak polis dan menggantung tugas pegawai polis yang terlibat dalam insiden.

Keputusan bedah siasat masih belum lagi dikeluarkan pada ketika ini.
-TMI

11 ulasan:

  1. Woi tanpa nama! Awak mcm Tuhan je, tahu semua psl kejadian itu. Polis belum selesai siasatan sepenuhnya. Jenayah yg awak sebut kat atas tu bangsa lain termasuk bangsa awak tak buat ke? Gunalah otak sikiiit!

    BalasPadam
  2. Woi Bodah "tanpa Nama " baik engkau jaga bahasa engkau tu ...siapa yang selalu samun pecah rumah semau pegi tonton youtube.. semua melayu belacan yang busuk..tak ada kerja curi,samun semua kerja dia sampai tak ada kerja nak buat duduk kat kedai kopi, buat kerja samseng...mungkin engkau lar samaseng tu yang pukul Sugumaran bodah nak mampus biar engkau mati di langar lori babi. Sedap engkau aje u nak cakap yang dia tu penjenayah..orang macam engkau nie lar yang buat kecoh selalu..tak tentu hal...Bodoh...Bodoh Bodoh..Bodoh...aku doa kan engkau mati sebelum sukumar di kebumikan....Tuhan Maha Besar...

    BalasPadam
  3. Kepada pengulas pertama,saya dapat tahu bahawa anda ingin menghina kaum atau bangsa lain. Ini mengakibatkan rusuhan antara kaum, mengikut agama islam anda tidak boleh menghina atau memperli agama atau kepercayaan orang seseorang tapi anda mengunakan pekataan 'keling'. adakah anda tahu bahawa mengikut rekod IPD Kajang terdapat kaum melayu terutama remaja melayu membuat kesalahan seperti pecah rumah, samun bersenjata, ragut dan lain lain lebih daripada kaum india. Kalau pengulas pertama tidak tahu tolong tanya kat balai kajang. kalau anda berani sangat dan ingin membuktikan yang anda bukan khafir tolong jangan menghina kaum dan jangan main dengan politik. saya tahu bahawa hanya kawasan hulu langat dimenang oleh BN sebab itu anda ingin mencetus rusuhan antara kaum dan ini akan memberi kesan negatif kepada BN.

    I like to talk in english.

    hello 1st commenter if u think that ur religion teach u a good moral values pls dont use the keling word anymore. if u c ur own originating also its should be from indonasia only so this is not ur country also. we both have same rights and we both steal it from native. so u better shut up and try to talk the fact....

    BalasPadam
  4. kalau dah tahu org gila kenapa nak pukul sampai mati.......kalau bapa hang gila juga macam keling tu og pukul sampai mati apa awak rasa....

    BalasPadam
  5. Aku pn org melayu. tapi aku x setuju dgn apa yg terjadi. polis x sepatutnya buat mcm tu. x perlulah kita berbalah pasal bangsa disini. apa yg penting kita cari keadilan kpd mangsa.

    BalasPadam
  6. Ni bukan masaalah agama. Highlight ialah masaalah polis kita menyalahgunakan kuasa. Yang aku heran nih apasal yang nak kaitkan dengan bangsa dan agama. Tuhan bagi otak tu pakailah baik baik. Nak sangat guna perkataan sensitive yang menghina kaum agama lain. Semua bangsa pun ada yang baik dan ada yang buruk so pakaila otak tu sebelum mengeluarkan komen.

    BalasPadam
  7. Kepada pengulas pertama tanpa nama:komen pada 25/01/2013 10:57:00 PG) Adakah kamu ini seorang beragama Islam? Pertuturan kamu seperti seorang jahiliah! Setiap bangsa adalah unik ciptaan Tuhan Yang maha Agung, Allah ciptakan manusia pelbagai bangsa dan warna kulit dan bahasa menunjukkan Allah bersifat Maha Pereka dan Maha Pencipta.Setiap makhluk adalah ciptaan Allah dan kamu tidak ada hak untuk menghina ciptaan Allah!! Pertuturan kamu ini menunjukkan kamu dah jauh melencong, kembalilah kepada Islam dan bertaubatlah dan belajarlah untuk menghormati sesama ciptaan Tuhan Yang Maha Agung.

    BalasPadam
  8. aHello pengulas pertama.... mulut tu jaga sikit... jgn nak guna perkataan "keling"... kita nie dok malaysia... so please jaga sikit...

    BalasPadam
  9. Pengulas pertama ni spesis setan. Makhluk kurang ajar. Dia ni spesis takdak agama dan suka provoke. Manusia yg beragama tidak akan menghina bangsa lain. Lu ni takdak mak pak ape. Allah menjadi manusia berbangsa2 di dunia ini untuk kenal mengenali dan hidup berharmoni bukan menghina antara satu dengan lain dan bermusuhan. Bodoh takdak otak punya haiwan.

    BalasPadam
  10. Polis di Msia ini dah bahyak kes tahanan mati ditahgan mereka. Awak tiadanhati dan perasaankah? Apakah perasaan anda jika tahanan yg mati itu adalah di antara adik beradik atau anak anda. Ingat, setiap kerja buruk anda dan kezaliman anda pasti Allah membalasnya dan Allah pasti tidak akan menerima taubat awak selagi kemaafan tidak diberi oleh keluarga mangsa tersebut. Sebelum jadi polis, tolong belajar hukum hakam dalam Islam kalau awak ni org Islam. Islam tidak pernah mengajar penganutnya menzalimi manusia hatta haiwan sekalipun. Bila jauh dari agama, inilah jadinya dan ingat perkara buruk yg awak lakukan, walaupun awak terlepas tetapi kaum keluarga, anak atau zuriat anda akan menerima balasannya di dunia ini. Doa org yg dizalimi tidak ada hijab di sisi Allah.

    BalasPadam
  11. All the true religion and the GOD teach us about love.in this case no point we argue about the religion.no one perfect to judge anyone.try to be a good human bing.if you said GOD ask you to kill someone for your rights!!!!!!!that is not GOD.is Satan.only Satan like to do all this bloody things.please be a good human bing.love each other.I really don't know what going on in Malaysia.one of my friend read this article and he really shock and asking me,is Malaysian are that bad?in Australia police are really very friendly and respect to public.doesn't matter who we are.I am a Indian from Malaysia,Australian police call me sir.but Malaysian police call us oi.actually police to protect the public.but Malaysian police????????????as I know this is not the first case.come on guys because of our mistake don't blame the religions.GOD IS GREAT.and remember Malaysia is not mine and off course not yours too.when we die we not gonna take anything from here.we born naked and end of the we go naked.nothing is belongs to us.

    BalasPadam