10 Disember 2012

TERKINI ! AHLI PARLIMEN BN PAHANG KELUAR UMNO !!!

 Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!


Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.



Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.

Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.

Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.

Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.

Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.

Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.

Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian.

Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.

Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.

Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009.

Sumber Berita  SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan