Sebab kakitangan CIMB piket didedahkan!! (Video Inside)
Berikut adalah sebab yang telah disenaraikan oleh pihak NUBE menjelaskan mengapa mereka telah mengadakan piket di hadapan CIMB Bank Berhad, Menara MBC, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2012 lalu.
Antara sebab utamanya ialah adik Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia, Nazir telah melakukankan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja bersama barisan pengurusan bank miliknya yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan.
Ketika penyelesaian pertikaian pada tahun 2007, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak pernah memberi jaminan kepada NUBE bahawa beliau dan kumpulan pengurusan bank sentiasa mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip layanan yang adil dan saksama, kejujuran, profesionalisma dalam semua urusan berkaitan pekerja termasuklah menghormati dialog sosial.
Bertindak secara bertentangan dengan jaminan yang telah diberikannya sejak empat (4) tahun lalu, Nazir bersama barisan pengurusannya membuktikan “a leopard can’t change its spots”. Pelbagai penipuan dan pencabulan telah dilakukannya sepertimana di bawah;
1. Pengurus-pengurus (RDs) memanipulasi Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) dan menukar penaksiran penilaian tanpa sebarang justifikasi. Manakala Nazir hanya membiarkan penipuan ini terus bermaharajalela.
2. CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya.
3. Ketua CIMB Auto Finance, Abdul Karim Md Lasim menerima sogokan berbentuk ‘hadiah’ daripada pegawai bawahannya yang membeli ‘hadiah’ tersebut menggunakan wang dana kakitangan. Malangnya, Bro Afandie Md Ali yang mempersoalkan penggunaan dana tersebut pula yang dipecat.
4. Nazir mencabul Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE dengan menggalakkan dan membiarkan barisan pengurusnya terus mengabaikan prosedur aduan rasmi (grievance).
5. Sis Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital. Satu laporan polis telah pun dibuat.
6. Ketua Kumpulan Sumber Korporat, Hamidah Naziadin secara terbuka mengecil-ngecilkan kesatuan sekerja, mempersenda dan menghentam para pekerja yang berjuang untuk hak-hak pekerja.
7. CIMB Bank bersubahat dengan Maybank untuk mensabotaj Perjanjian Kolektif kita yang mampu memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia.
Pembongkaran ini akan diteruskan; jangan ketinggalan dalam edisi seterusnya...
Nazir bersama barisan pengurusan bank yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan telah memulakan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja; penuh ketidakadilan dan tidak beretika dalam amalan perburuhan.
Tiada toleransi terhadap sikap tidak berperi kemanusiaan seperti ini.
Ini video pendedahan oleh Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon.
Ini pula pendedahan oleh kakitangannya yang mendakwa Pengurus CIMB menzalimi pekerja yang sedang mengandung.
Sis Norlaily Mat Loddin berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan sedang hamil empat (4) bulan. Pada ketika ini, beliau mudah terdedah kepada simptom kehamilan seperti perubahan biologi, loya, sakit kepala yang kerap dan keletihan.
Pada 20 November 2012, jam 9.20 pagi, Norlaily telah diarahkan oleh Pegawai Akaun Simpanan, Halimah untuk melakukan transaksi pengeluaran dari "dana kakitangan". Didapati bahawa terdapat keraguan pada salah satu tandatangan di atas slip pengeluaran.
Pengurus Cawangan bank, En. Amiruddin Hanuddin telah menurunkan tandatangan pada slip tersebut sedangkan orang yang sepatutnya menandatangani adalah Penolong Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, En. Helmi.
Sis Norlaily memaklumkan Halimah bahawa slip pengeluaran hendaklah ditandatangani oleh orang yang sepatutnya.
Halimah lantas memberitahu Amiruddin tetapi beliau tetap berkeras agar Norlaily meneruskan transaksi tersebut. Norlaily pula bertegas dengan pendiriannya dan berulangkali menyatakan bahawa transaksi seperti itu adalah menyalahi undang-undang sekiranya slip pengeluaran tidak disahkan oleh orang yang sepatutnya.
Amiruddin lalu memanggil Sis Norlaily ke meja beliau dan menjerit terhadapnya, memarahi dan seterusnya mengancamnya dengan berkata, “apa susah sangat? Sekarang aku suruh kau buat, buat je lah! Kalau tak, aku report orang atas, kau tak buat kerja!”.
Sis Norlaily yang diserang dan diugut di hadapan para pelanggan bank dan rakan-rakan sekerjanya berasa terhina, malu dan takut; semuanya bercampur-baur dalam dirinya. Akibat tekanan dan asakan yang hebat, dia mula jatuh sakit dan akhirnya pengsan di situ. Beliau diusung beberapa orang rakan sekerjanya dan dibawa ke klinik oleh pegawainya.
Beliau hanya sedar apabila diberikan rawatan di Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Nilai. Laporan perubatan menyatakan bahawa beliau berada di bawah "tekanan tinggi di tempat kerja". Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.
Tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusnya, Norlaily lalu mengemukakan aduan rasmi (grievance) pada 28 November 2012 tetapi Amiruddin menolak untuk mengesahkannya. Hanya selepas laporan polis dibuat, barulah Amiruddin mahu menandatanganinya.
Inilah jenis ketidakadilan yang didukungi oleh CIMB Bank bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Dato 'Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak.
Tiada ahli kita yang layak untuk diperlakukan seperti ini.
SUMBER: NUBE Malaysia
Ketua Kumpulan Sumber Korporat, Hamidah Naziadin
BalasPadamayoyo, macam ni ka ketua jabatan? mana mari? ipoh mari ka? english berterabok, lintang pukang! one of the worst presentations pernah tengok....cimb punya standard, omg!