MB Pahang: Kenyataan 'potong telinga' hanya kiasan
Tak sampai 24 jam Adnan dah tarik gear gostan, Mungkin cabaran beliau semalam hanya dalam perasaan gundah gulana dan marah agaknya, pada hakikatnya Pahang dalam bahaya terutama isu Lynas, Felda dan penggundi baru yang mereka sendiri belum tentu akan menyokong BN.
Mungkin menyedari situasi rakyat akan menolak BN kali ini beliau memikirkan semula cabarannya semalam untuk memotong telinga jika DAP menang di Parlimen Bentong.
Dalam kenyataan beliau hari ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.
"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...
"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.
"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.
"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.
Dalam kenyataan semalam, Adnan menyatakan keyakinannyabahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.
"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya semalam.
Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

wah wah.. menteri cap keris hijau dalam bulatan kuning ni rupanya pandai brkias kias brmadah brsastera... metafora la.. hiperbola la.. ada istilah harfiah pulak tu.. bior btul..? ingatkn pandai buat isyarat jari je..
BalasPadam