08 Disember 2012

HOT ! Najib LIABILITI Umno yang semakin BERAT


Najib, LIABILITI yang semakin berat: Umno ditenggelami bom Altantuya & Deepak

Perhimpunan Agung Umno ke-66 yang hangat diperkatakan telah berakhir dengan tangisan. Laungan bahawa mereka akan merampas dua pertiga kerusi di Parlimen bakal dimusnahkan oleh peluru berpandu yang disasarkan dari akar umbi mereka sendiri kepada pemimpin teratas yang sering dibelenggu skandal dan masalah, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun akur bahawa rasuah itu sendiri merupakan musuh ketat Umno, Najib telah gagal menyentuh isu rasuah atau berjanji untuk memulakan lembaran baru dimana ketelusan akan menjadi kewajiban dan tiada yang akan terkecuali.

Ini tidak mengejutkan pesaing politiknya, Ini berdasarkan 3 kes yang terbongakar hanya beberapa hari sebelum perhimpunan Umno bermula.


"Apa lagi yang boleh katakan. Sudah sememangnya jelas Umno tidak akan berubah. Pemimpinnya boleh mengarahkan media arus perdana, TV dan surat khabar untuk tidak 
menyiarkan berita. Mereka boleh mencanangkan bahawa mereka yakin akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 namun jauh dilubuk hati perwakilan Umno dan ahli-ahlinya yang lain, mereka tidak percaya," ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.

"Sebenarnya, akar umbi telah kecewa dan jijik dengan kecurangan dan rasuah pemimpin mereka tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini sememangnya sifat Umno. Sesiapa yang tidak tahan akan meninggalkannya,dan yang masih bertahan pula sebenarnya berharap akan mendapat sedikit sebanyak habuan daripada rasuah walaupun mereka tahu ianya salah. "

Bom BERGANDA, ada lagi bakal menyusul?


Berita pertama di antara 3 berita yang mengejutkan negara dikhabarkan oleh peguam Perancis, mendedahkan bahawa hakim penyiasatan yang mendengar kes Scorpene berjumlah RM7.3 bilion di Paris telah memutuskan bahawa warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah dibunuh terlibat secara langsung dalam pemerolehan kapal selam kerajaan Malaysia dari gergasi senjata laut DCNS dan akan meminta rekod penuh perbicaraan pembunuhannya.

Berita ini telah menyebabkan ahli Umno yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur di mana kongres tahunan mereka telah diadakan terkedu. Mungkin juga berita ini telah menjadi lebih panas kerana Najib dengan bodohnya tidak memberi kebenaran kepada peguam Perancis itu untuk masuk ke Malaysia dan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai status terkini kes, sekaligus meningkatkan perasaan curiga terhadap PM dan isterinya Rosmah Mansor, dimana kedua-duanya telah dituduh terlibat kerana bekas pengawal peribadi merekalah yang telah dujatuhkan hukuman gantung kerana didapati membunuh.


Seterusnya pula merupakan bom berkembar yang telah digugurkan oleh penjual permaidani 

Deepak yang juga, bekas teman karib Rosmah. Menurut Deepak, pasangan pertama itu meminta bantuannya untuk menerbalikkan akuan berkanun yang telah mengaitkan mereka dalam pembunuhan Altantuya. Berita itu memberi peluang untuk membuka semula perbicaraan pembunuhan Altantuya dimana keadilannya dipersoalkan apabila mahkamah dituduh mengabaikan bukti bahawa pengawal peribadi itu mungkin hanya diupah oleh pihak yang mengarahkan mereka dan pembunuh sebenar masih bebas.

Tambahan pula, ahli-ahli Umno bagaikan tidak peduli akan salah laku presiden Umno serta isterinya, Deepak juga menuduh seorang "ahli keluarga Najib" telah mengaut berjuta-juta keuntungan daripada hasil meluluskan projek RM100 juta Puspahanas, sebuah pusat penyelidikan untuk Kementerian Pertahanan yang telah diswastakan pada tahun 2005 tetapi hanya kira-kira 20% sahaja yang siap dibina sehingga hari ini.

"Perang Umno dalam Perhimpunan Agungnya yang ke-66 telah berakhir dengan pemimpin UMNO yakin dan teruja apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin Umno yang lain mengisytiharkan bahawa Umno bukan hanya akan menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, tetapi akan memenangi semula dua pertiga majoriti kerusi dalam parlimen serta keempat-empat negeri Pakatan termasuk Kelantan dan Pulau Pinang," kata penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun Perhimpunan yang baru berakhir itu seperti telah dirancang dengan teliti, dengan begitu banyak nasihat yang diberikan oleh mereka yang berucap pada empat hari persidangan Umno untuk menampakkan keikhlasan Umno pada PRU ke-13 nanti, kesimpulan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia adalah walaupun sibuk dengan cakap-cakap tentang "transformasi", para pemimpin Umno dan Umno itu sendiri tidak akan mampu berubah selagi Umno masih korup dalam memegang kuasa.

"Umno dan Barisan Nasional telah sinonim dengan rasuah di Malaysia dan setelah 44 bulan Najib menjadi Perdana Menteri, nampak begitu jelas bahawa Najib sememangnya hanya pandai melaungkan slogan anti-rasuah tetapi sebenarnya tiada kesungguhan dan komitmen untuk membasmi rasuah, terutamanya yang melibatkan politik dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan.

"Inilah sebabnya mengapa dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-66, kita telah menyaksikan lakonan menyedihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang menghilangkan diri setelah usaha berani oleh wakil-wakil media menunggunya memberi maklum balas kepada perwakilan UMNO Sabah yang mahu Musa menjelaskan skandal "derma politik kepada UMNO Sabah" yang berjumlah RM40 juta yang diberikan kepadanya oleh usahawan balak Sabah, Michael Chia.

Apa yang juga membimbangkan adalah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang langsung tidak menyentuh isu projek RM100 juta Kementerian Pertahanan pada tahun 2005 yang dibangkitkan oleh usahawan Deepak Jaikishan. Tindakannya itu juga mengiakan tindakan Najib yang juga tidak mahu memberi respon kepada dakwaan Deepak kerana ia melibatkan ahli keluarganya dan juga kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya Shariibu. Roh Altantuya telah menghantui Najib pada perhimpunan Agung Umno ke-66 itu. Kenapa agaknya roh ini tidak boleh tenteram? ~ MC



Tiada ulasan:

Catat Ulasan