07 November 2012

Terkini ! Demokrat dan Barack Obama Dipilih Semula




PENYOKONG calon Demokrat bersorak dengan pelantikan semula Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat pada majlis pengumuman keputusan pengundian di Chicago, hari ini. - Foto Reuters

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kekal menguasai Rumah putih buat penggal kedua!

Kemenangan Obama disahkan jam 12.23 tengah malam tadi waktu Timur Amerika Syarikat (EST) (12.23 tengah hari waktu Malaysia) apabila California menyumbang sejumlah 55 undi Electoral College (EC) bagi mencecah angka 274 undi.

Setakat jam 12.45 tengah malam tadi waktu Timur Amerika Syarikat (EST) (12.45 tengah hari waktu Malaysia), keputusan terkini adalah seperti berikut:

Barack Obama (Demokrat) menang di:

1) Vermont
2) Colorado
3) Connecticut
4) Indiana
5) Maine
6) Montana
7) Oklahoma
8) Tennessee
9) New Jersey
10) Georgia
11) Mississippi


12) Minnesota
13) New York
14) Michigan
15) Florida
16) Ohio
17) New Mexico
18) Pennsylvania
19) Wisconsin
20) Nevada
21) New Hampshire
22) Delaware
23) California
24) Hawaii
25) Washington
26) Rhode Island

Mitt Romeny (Republikan) menang di:

1) Oregon
2) Nebraska
3) Texas
4) Arizona
5) Missouri
6) Wyoming
7) Arkansas
8) Illinois
9) Kentucky
10) Maryland
11) Idaho
12) Alabama
13) North Dakota
14) South Dakota
15) Louisiana
16) West Virginia
17) Massachusetts
18) Utah
19) Alaska
20) District of Columbia
21) North Carolina
22) South Carolina
23) Indiana

Setakat ini, Obama memperolehi undi popular sebanyak 45,846,182 undi atau 49 peratus manakala Romney pula memperolehi 46,056,094 undi, juga terikat dengan 49 peratus.

Dari segi undi kolej (EC) pula, Obama memperolehi 281 berbanding Romney hanya 203 dengan baki EC cuma 54 undi.

Mengikut undang-undang pilihanraya negara itu, sejumlah 270 EC diperlukan untuk memerintah Rumah Putih dan calon parti pertama yang melepasi 270 undi diisytiharkan menang.

Kunci kemenangan Obama adalah di negeri-negeri penting seperti California, Pennsylvania, Florida, New York dan Ohio.

Dari segi penguasaan Dewan Senat pula, Demokrat terus mendahului Republikan dengan kiraan 52 berbalas 44 dengan mana-mana parti mesti memperolehi sekurang-kurangnya 51 undi majoriti bagi menguasai dewan tertinggi politik negara itu.

Obama dijangka akan mengangkat sumpah jawatan buat penggal kedua pada 20 Januari tahun depan di Wasington D.C. di hadapan hakim mahkamah persekutuan yang akan ditentukan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan