15 November 2012

TERHOT ! Maklumat dalaman Bocor.... pancung memancung pemilihan calon BN Kedah !!!





Kedah La menerima emel dari orang yang menamakan dirinya Puteri Simpor, berdasarkan alamat emel ia adalah emel yang sama dengan artikel yang dikirim oleh Che Mek Molek minggu lepas. Kedah La tak ada Jabatan Forensik atau penyiasat persendirian untuk pastikan sama ada penulis tersebut benar-benar ahli atau bekas Puteri UMNO tetapi yang pasti ialah maklumat yang disampaikan adalah maklumat dalaman UMNO. Oleh kerana versi yang ditulis menunjukkan penulis adalah berfikrah UMNO maka apa yang dipaparkan tidak menggambarkan sikap Kedah La tetapi isunya dianggap memberi manfaat untuk rakyat jelata. -Admin

Oleh: Puteri Simpor

Di saat BN Kedah masih gawat untuk menghadapi pilihanraya umum maka sebaiknya pucuk pimpinan parti khususnya UMNO Kedah mestilah memilih calon-calon yang dapat mengurangkan risiko terhadap parti atau dengan lain perkataan calon-calon bermasalah hendaklah diketepikan.
Pada pemerhatian saya selaku ahli Puteri yang kerdil di bahagian Sungai Petani Shahanim Moh Yusoff selaku Ketua Puteri UMNO Kedah bukanlah seorang yang layak untuk diletakkan sebagai calon di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

 jawatan tinggi dalam parti yang disandangnya bukan alasan kukuh untuk mewajibkan beliau dipilih kerana pucuk pimpinan juga hendaklah memerhatikan imej beliau yang tercalar teruk sama ada di dalam atau di luar parti. dalam melakukan pembelaan kalau dipilih sebagai YB rakyat perlukan pemimpin yang sanggup berkorban untuk akar umbi bukannya pemimpin yang berimej selebriti sepertyi Shahanim. 

bagi kami yang bergelumang di akar umbi kami lebih tahu bahawa Shahanim bukan orangnya yang sanggunp bersuisah payah untuk rakyat, tidak perlulah untuk saya membawa contoh-contoh yang banyak, cukup untuk dimaklumkan bahawa beliau tidak bersedia untuk 'kotor kaki' dengan rakyat bawahan. kalau setakat untuk berlakon bergambar di hadapan kamera siapa pun boleh.

Sebab keduia untuk Shahanim tidak layak untuk dipilih ialah isu-isu yang mengelilingi beliau semuanya bakal menjadi ancaman kepada BN ia ibarat bnom janghka yang boleh digunakan oleh [pembangkang, misalnya dalam isu (Kedah La menghilangkan bahagian ini... walaupun agak menarik untuk mendengarnya)....

Sebab ketiga ialah Shahanim adalah penyebab kejatuhan Bn dalam pilihanraya lalu kertana menajadi penasihat yang salah terhadap Datuk Mahathir Khalid, semua orang tahu itu. Sehingga BN kalah pun mahathir masih datang berjumpa Shahanim melamar beliau untuk bekerja dengan Datuk Mahathir dengan gaji yang lumayan tetapi ditolak Sahanim, maknanya hubungan dgn datuk mahathir tidak berakhir. masaklahnya 


Datuk mahthir juga penuih dengan masalah jadi shanim juga tentu akan terpalit nanti. Sekarang pihak pembangkang telah mendedah banyak isu yang berhubung kait dengan Datuk mahthitr maka berfikirlah dengan bijak wahai para pemimpin atasanku, sama ada BN masih terus memilih calun yang terpalit dengan masalah dalam pilihanraya nanti.

Kami di akar umbi percaya PAS bukanlah sekuat mana di Kedah khususnya di Sungai Petani atau lebih tepat lagi di Pantai Merdeka tetapi kalau silap meletakkan calon maka BN umpama 'membunuh diri' dal;am pilihanraya.

Begitu ramai tokoh muda BN yang hebat yang tidak terlibat dengan masalah peribadi mengapa merugikan parti dengan memilih calon bermaslah sepert Shahanim Mohd Yusoff. Akhir sekali saya mewajkili Puteri UMNO di akar umbi yakin 100 peratus bhahawa jika Shahanim dipilih sebagai calon maka ia umpam,a menempah maut untuk UMNO/BN di Kedah. Fikir-fikirkanlah.

Sumber : Kedahla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan