13 November 2012

PANAS ! Polis dikatakan rogol wanita Indonesia dijangka akan didakwa

Polis dikatakan rogol wanita Indonesia dijangka akan didakwa

GEORGE TOWN, 13 Nov ― Tiga anggota polis yang dikatakan merogol seorang warga Indonesia berkemungkinan akan didakwa.

Pihak polis juga telah menyerahkan kertas sisasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya.

Namun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika sidang media berkata tiga suspek berkenaan akan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rogol sebaik sahaja pihak polis menerima keputusan akhir daripada Peguam Negara.

”Tiga saspek telah ditahan kerja setelah direman bermula 16 November untuk siasatan lanjutan.

”

Ketiga-tiga saspek telah ditahan kerja untuk siasatan lanjutan dalam kes ini dan akan hanya menerima gaji setengah bulan.

Pasukan polis telah membentuk pasukan khas untuk melancarkan siasatan terhadap kes ini, katanya.

Sebanyak 10 kenyataan telah dirakamkan dan mangsa berusia 25 tahun itu telah diletakkan di bawah jagaan konsulat Indonesia.

Abdul Rahim turut berkata anggota polis tersebut adalah anggota berpangkat rendah, dan berjanji akan menjalankan siasatan tanpa sebarang kompromi.

”Kami harap orang ramai tidak mensasikan isu ini dan biarkan kami menjalankan siasatan terhadap kes ini,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak keterlaluan kerana ia akan menjejaskan hubungan negara antara Malaysia dan Indonesia.

Konsulat sementara Indonesia, Sofiana Mufidah, yang turut hadir semasa sidang media berkenaan berkata mereka percaya polis Malaysia akan melakukan tindakan yang tepat untuk menyelesaikan kes ini.

”Saya turut menyeru rakyat Indonesia di Pulau Pinang, Malaysia dan di Indonesia untuk bertenang,” katanya.

Menurutnya, ramai yang kecewa kerana ia berlaku kepada rakyat Indonesia, namun mengharapkan mereka memberikan kuasa undang-undang negara ini untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Jumaat lalu, seorang rakyat Indonesia berumur 25 tahun meminta bantuan Koordinator Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan untuk membuat laporan polis berikutan didakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di Balai Polis Prai.

Pekerja restoran tersebut mendakwa dia di bawa ke balai polis selepas ditahan anggota berkenaan di Megamall Pulau Pinang sekitar jam 6.30 pagi ketika menunggu teksi.

Wanita itu turut mendakwa dia tetap di bawa ke balai polis walaupun setelah menunjukkan salinan passport dan didakwa dirogol di sebuah bilik di balai polis berkenaan.

Menurut Abdul Rahim mereka menerima laporan polis pada jam 3.06 petang hari yang sama dan ketiga-tiga suspek ditahan jam 5.45 petang.

Suspek kemudiannya di bawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu dan mahkamah mengeluarkan tahanan reman selama seminggu.
-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan