08 November 2012

Panas ! Pendaftaran Rohingya Dengan UNHCR Amat Meragukan..? ( + Bukti rakaman audio )

Banyak orang politik pandang sinis kisah pendaftaran Pelarian Pati secara besaran di stadium Cheras, jadi admin juga was-was pendedahan dari beberapa blog berdasarkan kenyataan dan gambar  dari FB.  Bila admin periksa dalam carian google terdapat berita ringkas oleh UNCHR dibawah. 

Kenyataan dari UNHCR pada Latihan Data Perhimpunan di Stadium KLFA 
7 Nov 2012 


UNHCR sedang menjalankan latihan pengumpulan data bagi pemohon suaka tidak berdaftar Rohingya, Myanmar Muslim dan Myanmar kumpulan etnik Tamil dari Myanmar, di Stadium KLFA di Cheras. 
Ini adalah sebahagian daripada proses berterusan mengumpul maklumat mengenai pencari suaka-tidak berdaftar di negara ini.


ini carian yang dibuat  :  pendaftaran pelarian rohingya dengan UNCHR...GOOGLE  

Cuma ada berita di bawah yang bilangan pelarian Rohingya cuma 3,000 orang yang belum didaftarkan dengan UNCHR.  Jadi dari bukti dan berita pendaftaran Pelarian Rohingya di Stadium Cheras amat meragukan. 

Lebih meragukan satu sign board pun tidak ada di stadium, tiada sebarang banner dari UNCHR , tiada lapuran media juga persoalannya bagaimana burma-burma ini tahu ada pendaftaran?


Boleh percayake?.. Kalau Media luar negarapun boleh dibayar berpuluh juta RM untuk mereka cerita yang baik bagi memulihkan imej Najib.. pegawai-pegawai UNHCR ni... apalah sangat ...





MRA SUMBANG 260 KAMPIT BERAS DAN LEMBU KORBAN UNTUK PERLARIAN ROHINGYA SEMPENA HARI RAYA QURBAN





Ampang, 24 November 2010- Sebagai tanda persaudaraan dan keprihatinan bersama, pihak MRA telah menyumbang 260 kampit beras dan seekor lembu korban kepada masyarakat pelarian Rohingya di sekitar Ampang. Sumbangan ini adalah dari bayaran zakat, fidyah dan bahagian korban para dermawan dan sahabat MRA. Sdr. Shahran Kasim, Pengarah Eksekutif MRA telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada sebahagian dari mereka yang telah dikenalpasti yang terdiri daripada keluarga yang miskin dan mempunyai ramai tanggungan.

Menurut perangkaan dari pihak UNHCR,dianggarkan terdapat lebih dari 16,000 orang pelarian Rohingya kini telah mendaftar dengan pihak UNHCR sementara dianggarkan kira-kira 3,000 orang lagi masih belum mendaftar. Sebahagian besar pelarian ini berada di Lembah Kelang dengan tumpuan utama dikawasan sekitar Ampang.

Pihak MRA kini sedang giat membantu mereka dengan menyediakan sekolah komuniti, bantuan kesihatan dan bantuan sampingan dari masa ke semasa. Antara program terdekat yang akan dianjurkan oleh MRA ialah program berkhatan berkelompok dan program perkelahan di Port Dickson bersempena dengan cuti sekolah.


Sumber :  MRA




Berita dari NGO TERAS
Kami mengesa juga  supaya kerajaan Malaysia segara memberi perhatian terhadap etnik Rohingya yang menjadi pelarian di Negara ini. Di anggarkan seramai antara 20,000-40,000 orang  pelarian Rohingya berada di Malaysia dan dokumen yang mereka ada hanya kad UNHCR . Itupun ramai dikalangan mereka tidak mendapat kad UNHCR kerana proses yang sangat perlahan.

Pendedahan Sendiri oleh team Blog King of goblok

Seramai 15 ribu PATI sedang di daftarkan sehari sedang berlaku di KLFA Cheras


Percayakah anda,seramai 15 ribu sehari PATI Burma,Tamil sedang di daftarkan di Stadium Cheras? Ini di buktikan di rakaman edisi Terjah dalam satu panggilan telefon ..


Sehari 15 ribu darab 7 hari bermakna 105 ribu PATI dah di daftarkan .. Apakah jaminan mereka mereka ini tidak menjadi pengundi dalam PRU13?

So korang dengar perbualan tu kat sini.
.



LAGI BERITA BERKAITAN :Anak sungai Derhaka

Kedahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan