10 November 2012

Panas ! Patutlah Depa Pancung memancung berebut Jawatan, bercuti pun GLC Seri Temin...bayaq


Pemimpin Pemuda UMNO pi makan angin pun Seri Temin bayaq, cabok sungguh!!!

Syed Johan pi makan angin STDC hulug RM14,840.00 , Peristiwa ini berlaku di zaman BN perintah Kedah .


Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) telah menaja perjalanan dan penginapan MAKAN ANGIN ke Bangkok dan Koh Samui, Thailand kepada Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Syed Unan (gambar) dan isterinya Sharifah Noriza Syed Zainol Rashid.

Pembayaran telah dibuat kepada syarikat pelancongan Zass Holidays Sdn Bhd melalui cek bernombor 660157 bernilai RM14,840.00.


Jelas, STDC sebagai sebuah GLC telah menyelewengkan duit syarikat untuk pembayaran kepada pihak yang tidak berkepentingan dengan keuntungan syarikat.

Sepatutnya jika STDC ingin melakukan tanggungjawab sosial, mereka hendaklah menyumbangkan kepada badan-badan kebajikan, golongan dhaif, fakir, miskin atau pihak-pihak yang memerlukan bantuan. Bukannya kepada seorang yang berkedudukan dan kaya.

Jumlah RM14,840.00 yang dihulurkan itu juga adalah terlalu besar untuk sebuah perjalanan makan angin semata-mata.

Layakkan golongan yang menyelewengkan wang rakyat ini terus diberi mandat memerintah Kedah?



'JANGAN SERAH KEDAH KEPADA PENYAMUN'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan