27 November 2012

Panas ! Aset Bekir Anak Taib Lebih RM1 Bilion..cop duit sendiri kut..?

 
Pegawai bank mengesahkan anak kepada Ketua Menteri (KM) Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank hari ini.

Bukti penyata bank dikemukakan oleh peguam plaintif menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Mahmud Abu Bekir daripada Januari hingga Jun tahun ini berjumlah RM880,958.91.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membuat keputusan mengejut apabila membenarkan saksi pegawai bank memberikan keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan bekas menantu KM Sarawak hari ini.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Hakim Syarie Datuk Muhammad Abdullah menolak permohonan peguam Shahnaz Abdul Majid untuk mengemukakan saksi pegawai bank kerana tidak memberikan notis awal.

“Saksi pegawai bank boleh beri keterangan kerana plaintif sudah memberikan persetujuan membenarkan saksi untuk disoal balas seperti yang dituntut oleh pihak defendan,” kata Hakim semasa perbicaraan bersambung selepas berhenti untuk makan tengah hari.



Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.

Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis.

Pada 2 Oktober lalu, Shahnaz memberi keterangan mengenai kira-kira RM700 juta dalam akaun asing atas nama Bekir di Amerika Syarikat, Caribbean, Switzerland dan Hong Kong.

Mengikut keterangan Shahnaz, aset Bekir dikatakan bernilai lebih RM1 bilion
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan