12 November 2012

HOT ! Zulfahmi Naik Podium di GP Velencia (+ video)

Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam.

Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo.

Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s.

Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam.

"Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat...saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC).

"Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas.

"Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya.



Pertamanya tahniah buat pelumba Moto 3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin
 kerana berjaya menaiki podium di tempat ke 3 dalam perlumbaan di 
Grand Prix Velencia.

Lebih istimewa tahniah sekali lagi buat Zulfahmi kerana tidak meraikan kemenangan dengan Champange. Beliau dilihat meninggalkan pentas 
ketika acara penyampaian air kencing setan itu disempurnakan.

Dan datang semula ketika sesi bergambar. Beliau melakukan perkara 
yang sama ketika meriah tempat ke 2 di Grand Prix Sepang pada 
Oktober lalu.

Sebagai pelumba muslim beliau tahu batas halal dan haram dalam 
Islam walaupun beliau kini berada di pentas dunia dalam arena
 lumba motosikal. Satu contoh yang baik ditunjukkan Zulfahmi 
untuk kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan