04 November 2012

HOT KES BUNUH ALTANTUYA!!! P Balasubramaniam dedah maklumat kes ada di tangan wartawan asing






Luka lama kini berdarah kembali.

Umpama epik panjang opera klasik Cina, enam tahun lalu kini bakal terbongkar - satu demi satu!

Itulah janji penyiasat persendirian yang diupah rakan baik perdana menteri, Najib Altantuya, Razak Baginda, P Balasubramaniam yang mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Najib Altantuya dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, Balasubramaniam yang kini bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau miliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semuanya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga sudah memperolehinya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya. Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Oleh itu, Balasubramaniam meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya yang dilantik dalam tempoh tujuh hari, jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku".


Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu.

Altantuya mati dibunuh pada 19 Oktober 2006 di Puncak Alam, Selangor ketika misteri kematiannya dikaitkan dengan Najib Altantuya yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan semasa pembelian kapal selam kelas Scorpene dimulakan pada 2002. ~
JALAN PULANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan