18 November 2012

HOT ! Kata Tiada Kes Di Mahkamah Perancis..tapi halang peguam masuk Malaysia


Scorpene: Jika tiada rasuah, kenapa halang peguam? -Sivarasa

 Tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis ke Malaysia mengukuhkan dakwaan rasuah dalam pembelian Scorpene, kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

“Halangan akan menguatkan persepsi masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan rasuah (dalam kes Scorpene). Perkara ini mencemarkan imej Malaysia sendiri,”

“Kalau kerajaan telus, kalau tidak ada rasuah, kenapa takut?,” soalnya mengulas jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kelmarin, Hishamuddin menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’

Mengulas lanjut, Sivarasa menegaskan kes mengenai Scorpene difailkan di Mahkamah Perancis kerana kerajaan enggan menjalankan siasatan.

“Sebab itu kita adakan taklimat di parlimen. Bukan sahaja Pakatan Rakyat, malah ahli parlimen BN juga boleh mendengar status siasatan,” tambah beliau.



Sementara itu ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula hairan dengan alasan kerajaan bahawa taklimat itu kononnya mengancam keselamatan.

“Sebelum ini mereka ganggu Suaram. Sekarang halang peguam dengan memperguna jabatan Imigresen dan Polis. Ini dolak dalik mereka yang ketakutan,” kata Tian.

Sebelum ini, kedua-duap peguam berkenaan dijadual memberi taklimat berhubung kes Scorpene di parlimen pada 22 November ini.

Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012.

Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William Bourdon ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan