24 November 2012

Haru ! Sistem Pesanan Polis Diceroboh, 3 Akhbar China Terbit Berita Palsu.!!!



'Kunjungan' ketiga polis ke Mkini, penyamar dipersalahTiga berita akhbar-akhbar Cina telah membuat kesilapan besar semalam apabila melaporkan bahawa pihak polis mengunjungi portal berita Malaysiakini untuk kali ketiga minggu ini berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.


Malaysiakini menafikan laporan tersebut dan berkata tiada siapa yang menghubungi portal berita itu untuk mengesahkannya sebelum berita tersebut diterbitkan.

Semalam Sin Chew Daily, China Pressdan Guang Ming Daily - semua akhbar di bawah Media Chinese International Group - memetik Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli sebagai berkata 14 anggota polis pergi ke pejabat Malaysiakini pada hari Khamis jam 5.15 petang.
Menurut laporan tersebut, pihak polis telah membawa perintah mahkamah dan mengambil kenyataan daripada tiga kakitangan Malaysiakini dan beredar pada jam 6.55 petang tanpa merampas apa-apa barang.

China Press hari ini melaporkan bahawa Yahaya juga telah menafikan polis membuat kunjungan ketiga ke Malaysiakini, dengan mendakwa ada orang menyamar sebagai dirinya.

Beliau menyalahkan individu misteri itu yang menghantar maklumat
palsu kepada pihak media, mengakibatkan tersiarkan laporan yang salah itu.

Yahaya berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap penyamar tersebut, dan menggesa media supaya menyemak dengan pihak berkuasa jika mereka menerima mesej seperti itu pada masa depan.

Sementara itu, Sin Chew Daily danGuang Ming Daily senyap atas kesilapan tersebut dan tidak membuat sebarang susulan mengenai isu itu hari ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai yang tidak mahu namanya disiarkan, beberapa wartawan menerima maklumat mengenai "kunjungan polis" itu melalui sistem pesanan polis mereka pada malam 22 November dan terus menyiarkan berita tersebut.

Sumber itu terkejut dan bingung bagaimana seorang penyamar dapat menyusup sistem mesej polis.

Pada 8 dan 9 November, sepasukan anggota polis datang ke pejabat Malaysiakini untuk menyiasat surat pembaca yang mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah itu yang dibuat dalam satu forum mengenai Islam.

Semasa lawatan kedua, polis berpuashati dan beredar selepas mereka mendapat alamat emel pembaca Malaysiakini oti, yang telah diberikan kepada pihak berkuasa dengan kebenaran penulis terbabit. ~MK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan