Lebih 8 Juta Pengguna Tonton Misi Red Bull Stratos Pada Masa Yang Sama Di YouTube
Misi Red Bull Stratos merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, apatah lagi setelah ditangguhkan pada kali pertama. Dan dengan kejayaan yang dilakukan semalam, ia bukan sahaja mencatat sejarah dalam dunia Sains, tetapi turut membawa kepada sebuah angka yang menarik dalam sejarah YouTube.
Menurut YouTube, seramai 8 juta penonton menontonnya pada waktu yang sama melalui siaran langsung yang dilakukan pada saluran RedBull di YouTube. Namun, angka keseluruhan penonton untuknya tidak dikeluarkan oleh pihak YouTube buat masa ini.
Daripada misi yang memfokuskan untuk pengumpulan data berkaitan yang akan membolehkan pelepasan beraltitud tinggi dari kapal angkasa itu, antara angka yang dicatatkan adalah termasuk:
Terjunan paling tinggi dari platform, pada ketinggian 128,100 kaki. ( 39 km )
Kelajuan pecutan maksimum : 833.9 mph (Mach 1.24)
Kelajuan pecutan maksimum : 833.9 mph (Mach 1.24)
SUMBER RUJUKAN: YOUTUBE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan