PKR hanya membuang masa kalau menunggu hasil siasatan polis, kita tahu selama ini Kerajaan Amno/BN memperkuda penguatkuasa seperti PDRM dan lain-lain Jabatan. Ini kerana sistem pemerintahan yang ada adalah amat ketingalan dan mudah diperkudakan oleh pemerintahan untuk mempertahankan kuasa mereka.
Jadi sepatutnya Isu Besar ini harus dipolitikan dengan sebaik mungkin oleh jentera parti melalui media baru dan ceramah. Kelemahan PKR Kedah kerana organisai seperti AMK negeri yang tak bergerak juga Biro Penerangan Negeri seolah-olah gagal memainkan perananya. Kita sedia maklum PKR bukan lagi pembangkang di Kedah dan perlu satu tindakan Unit media yang berwibawa dibentuk dan harus bertindak pro-aktif.
BERITA BERKAITAN
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar kelewatan polis menyiasat kes serangan ahli Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kegagalan polis menyiasat kes sekecil itu walaupun mengetahui suspek yang terlibat.
“Kita sudah melalui siasatan, tetapi malangnya tiada maklum balas mengenai hasil siasatan. Kes ini bukan kes besar hingga memerlukan masa terlalu lama untuk diselesaikan,” katanya ketika dihubungi.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN itu ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain.
Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib.
Shamsul berkata, sikap dwi standard polis semakin terserlah apabila samseng yang menyerang pemimpin Umno BN diburu polis, tetapi serangan ke atas pemimpin Pakatan dibiar bebas.
Katanya, polis perlu lebih profesional, bukan seperti lembu dicucuk hidung dan menjadi alat kepada rejim pemerintah.
Justeru, beliau mendesak polis segerakan siasatan dan mengumumkan hasilnya kepada rakyat.
Jika polis gagal menyelesaikan siasatan itu, Shamsul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.
“Kita sedang merangka draf untuk menyaman atau membuat semakan kehakiman. Kita sudah mengumpul peguam untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Persekutuan berikutan gangguan terhadap program Merdeka Rakyat.
“Kita beri polis sedikit masa sahaja lagi…kalau mereka gagal, kita terpaksa teruskan untuk membawa kes ini ke mahkamah,” katanya
Kedahkini
macam - macam hal laa..
BalasPadamterima kasih atas teguran kedah kini ke atas amk.. bagi kami amk melihat isu ini tidak perlu diperbesarkan ;lagi kerana tindakan perkasa pada hari twersebut telah menyebabkan sokongan kpd bn merosot di kedah dari 38 % kepada 32 peratus..tindakan perkasa itu memberikan political mileage kepada keadilan dan pr khususnya dsai..jentera penerangan amk terus mangadakan program penerangan kpd msykt..beend sudah pun hbis di kedah dan akan lenyap di pjaya...
BalasPadamazman k amk kedah