Peguam Perancis yang menyiasat skandal pembelian 2 kapal selam
Scorpene oleh kerajaan Malaysia, Joseph Braham mendakwa menemui
dokumen rahsia berprofail tinggi melibatkan resit perjalanan Razak
Baginda dan Altantuya Shaaribu ke beberapa buah negara yang dikaitkan
dengan urusan pembelian 2 kapal selam itu.

Selain itu, sebanyak 133 dokumen yang berkaitan dengan urusniaga 2
kapal selam itu telah diserahkan kepada mahkamah Perancis untuk tujuan
siasatan termasuk dokumen yang melibatkan pembayaran ‘khidmat
koordinasi’ sehingga €114 juta (RM450 juta) kepada Perimekar, syarikat
milik Razak Baginda. Antara dokumen yang diserahkan itu melibatkan
syarikat-syarikat dari Perancis, Belgium, Malta dan Luxembough.
Menurut Joseph Braham, ia merupakan dokumen-dokumen yang asli.
“Siasatan setakat ini sudah cukup bukti untuk membuat pendakwaan di
mahkamah terhadap ‘pegawai-pegawai tinggi’ di Malaysia,” kata Braham.

“Inilah alasan mengapa beliau diharamkan dari memasuki negara ini,”
kata Cynthia Gabriel semasa kemunculan sulungnya di Ipoh dalam forum
“Scorpene Submarine Scandal: The Great Malaysian Robbery” baru-baru
ini.

Sebuah lagi syarikat yang dikatakan terlibat ialah Terasasi yang juga
dimiliki oleh Razak Baginda. Sebaanyak RM127 juta dibayar kepada
Terasasi oleh sebuah syarikat dari Perancis. Ia berbeza dengan
kenyataan Kementerian Pertahanan yang mengatakan tiada syarikat lain
yang terlibat dalam pembelian itu selain Perimekar.

Perimekar ditubuhkan beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal
selam ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan syarikat pembekal
Perancis. Perimekar tidak mempunyai latar belakang dalam perkhidmatan
kapal selam dan tiada kemampuan kewangan dalam menyokong perjanjian
tersebut.

Ekoran dari usaha SUARAM membawa skandal ini ke peringkat
antarabangsa, kerajaan telah cuba mengenakan tekanan dari berbagai
sudut terhadap badan NGO itu dalam usaha mereka untuk menghalang
proses penyiasatan berprofail tinggi ini. Kerajaan tidak pernah
menyerang NGO seperti mana mereka telah lakukan terhadap SUARAM hari

“Walau apa pun terjadi terhadap SUARAM selepas ini, ia tidak akan
memberi kesan kepada perjalanan siasatan skandal ini,” ujar Cynthia
meyakinkan orang ramai diikuti tepukan menandakan sokongan mereka
terhadap SUARAM.

Oleh Deth Mustaine @ mediaperak
tahniah suaram....bawa perompak2 moden tu kemuka pengadilan... insyaallah kebenaran pasti menang...
BalasPadamStuju sgt dgn suaram..terus kan usaha dedahkan pada rakyat smua peroak2 haramjadah ne....syabas tuk suaram
BalasPadamSyabas...Suaram...pantang undur d tengah jalan...Agik Idup Agik Ngalaban.
BalasPadam