15 Oktober 2012

Panas ! Skandal Bangunan MPSP, Dato' Rasli Dilindungi SPRM..???

Isu Rasli: Mai kita lawan sapa nak masuk dalam...

(Nota: tulisan ini ditujukan kepada Dato' Rasli serta mereka yang memahami isu berkaitan sahaja... yang tak faham sila abaikan catatan ini jangan semakkan kepala anda)

Oleh ENGGANG QADHA

Nampaknya sekutu politik Dato' Rasli bukan main kepanasan, sekarang sedang usaha untuk penjarakan Menteri Besar melalui isu Madrasah Salihiah. Apa kena mengena Ustaz Azizan dalam kes Rasli? Orang yang mencadangkan Rasli sebagai SUK ialah Ustaz Azizan, apabila beliau diminta pendapat oleh Tuanku, walhal masa itu Dato' Syed Unan sudah melobi untuk lanjut kontrak.

Tuanku terima pandangan Azizan. Sampai sekarang pun Azizan masih dok pertahan Rasli konon pertukaran YDP Majlis Daerah Kubang Pasu-Kuala Muda sebagai sah, walaupun hakikatnya bertentangan dengan Akta 171, maknanya tak sah. 

EQ harap Ostad Azizan kena sedaq diri sikit sekarang siapa lawan dan siapa pengkhianat. Jangan salah faham bahawa solidarity yang ditunjuk oleh ahli-ahli majlis seluruh Kedah sebagai menentang KCS.


KCS umumnya tiada kena mengena dengan kes ini, yang ditentang sehingga berundur (tekad kita) ialah Rasli seorang saja. Anak dan kaum kerabat dia pun kita tak mau kacau, KCS yang lain apatah lagi. Ia juga bukan berasaskan pertikaian politik PAS-UMNO. Sebahagian besar KCS adalah berfikrah UMNO tapi mereka dapat bekerja dengan professional, bekhidmat kepada 'kerajaan hari ini' yang dipilih oleh rakyat. Soal depa nak pi ceramah atas pentas UMNO, kita tak peduli sebab itu polisi kerajaan PAS Kedah, tak halang berpolitik asal kerja untuk rakyat/kerajaan kena professional. Malangnya itu yang Rasli tak boleh buat.

Bagi pihak ahli majlis (EQ juga adalah ahli majlis) kami berani melakukan ini semua setelah membuat analisis SWOT terhadap Rasli, yakin bahawa dia boleh diundurkan, cuma Rasli diberi pilihan sekarang sama ada berundur secara terhormat atau hina.

Masa untuk Rasli diagungkan oleh majoriti KCS sudah berlalu... 80 peratus mahu dia berundur. Ada KCS yang sudah memasang niat untuk menumbang lembu jika Rasli jatuh. Mungkin niat mereka tidak sama dengan niat ahli-ahli majlis PR (sebab musabab yg berbeza) tapi harapan tetap sama, mahu dia berundur segera sebagai SUK.

Cuma kepada KCS dan rakyat Kedah yang ternanti-nanti saat kejatuhan Rasli itu harap bersabar, kerana kita tak boleh melakukan serangan sehala (tanpa tindakbalas) yang boleh menimbulkan simpati orang ramai terhadapnya. Kita perlukan tindakbalas dari UMNO, Perkasa, TV3, RTM, Utusan Malaysia supaya serangan balas kita nanti bernilai.

Usaha memenjarakan Ustaz Azizan adalalah 'tindakan yang sangat baik' oleh konco2 tersebut kerana nanti isu penyelewengan Rasli mengenai pembinaan kompleks MPSP akan kita gahkan keantero dunia.

 Isu tersebut 'sangat kuat' kesnya, cuma dilaporkan ditutup oleh rakan dan sedara mara mereka yang menjadi orang penting dalam SPRM. Kalau tindakan 'menutup penyelewengan' oleh pegawai SPRM nanti kita dedahkan pula dalam road show politik ke seluruh negeri, siapa agaknya yang dapat menyelamatkan Rasli? Tok Bashah dan Tok Det yang lantang kini pun akan turut melarikan diri...


Sekarang ada blog yang sudah berbangga mengeluarkan kenyataan bahawa 'Zaid Ahmad KCS Kota Setar dan Azizan Razak akan menikmati kehidupan baru dalam lokap'.... Tak apa, mai kita lawan siapa lepas ini akan masuk dalam...?

(Selepas ini... isu wang zakat, cerita pinjaman di Langkawi, kisah drebar ditukar, hikayat pegawai ditukar, penglipurlara anak naik pangkat potong 38 orang, kisah motor besar, senarai ke luar negeri, senarai ponteng meeting Exco, alkisah kereta Puspanita, resort Pantai Merdeka, politik balas dendam, duduk bangunan tanpa CF... aiya macam-macam lagilah. Last sekali baru citer MPSP RM46 juta dan SPRM...)

Kedahkini

1 ulasan:

  1. menarik...kami sbg rakyat nak tau kepincangan yg berlaku....dan tidak oleh dilindungkan dr kami sbg majikan kpd mereka yg diamanahkan utk menjaga negeri dan rakyat negeri Kedah di bawah Naungan KDYMM Tuanku...

    BalasPadam