03 Oktober 2012

Panas ! Patutlah Minah Nie Menghilang...Ada Projek... Dah Kaya raya...???



Patutlah dah lama menghilang gua pun heran dia nie lepas tak jadi menteri..takdak kepoh sana-sini rupanya Najib sudah kautim...kasi projek kauu punya..? saman datuk seri..jangan tak saman...gua kalau kena saman alamat bungkus lee...

Presiden ANAK tidak gentar ugutan Azalina


Ahli Parlimen Pengerang telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji ucapan Mazlan dan membuat tuntuan agar beliau meminta maaf dalam masa tedekat.
  Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak gentar dengan ugutan Datuk Seri Azalina Othman yang dikatakan mahu menyaman beliau kerana menuduh bekas menteri itu terlibat dalam kelulusan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji ucapan Mazlan dan membuat tuntuan agar beliau meminta maaf dalam masa tedekat.
“Beliau (Azalina) nak saman saya berjuta ringgit gamaknya. Sebagai seorang Muslim yang terlibat dengan perjuangan rakyat, saya tidak gentar dengan ugutan beliau.
“Saya sentiasa yakin dengan pertolongan Allah. Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya. Ianya disebar dalam youtube, tv alternatif dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mazlan turut mempersoalkan apakah peranan Azalina sebagai seorang ahli parlimen yang mewakili penduduk Pengerang, dalam memelihara kepentingan penduduk.
“Mengapa projek RAPID tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan kampung Datuk Seri Abdul Ghani Othman?
“Bukankah di situ adalah tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar? Wajar ke dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 kilo meter sahaja?
“Mengapa dipilih lokasi penduduk di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas dan lain lain yg begitu hampir dengan TLDM Tg Pengelih dan laluan sibuk 200 kapal sehari?, katanya lagi.

`Mengapa tanah penduduk…’
Menurut Mazlan, membina jeti dan terminal berdekatan laluan itu sangat berisiko dan tidak ekonomik serta praktikal kerana masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sungai Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, walhal di terminal yang di cadangkan di Pengerang memakan masa 3 jam.
Beliau menambah, sekitar tanah kerajaan dekat kampung  Abdul Ghani kawasannya lapang, kedalaman yang sangat munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kesibukan kapal-kapal dagang.
Hanya ambil masa 10-15 min sahaja, katanya.
“Saya cabar Azalina jawab mengapa tanah penduduk yang dipilih, apa motifnya? Saya bukan budak kecil yang ditakutkan hantu.
“Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina nak saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya dedah lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini.
“Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu ‘buah’ saya seterusnya. Saya baru sebut sipi2 saja! Nantikan episod akan datang…” kata Mazlan


ISU PENGAMBILAN TANAH DI PENGERANG 

AZLINA : Mazlan Aliman perlu mohon maaf..!



  Anggota Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman berkata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman perlu pohon maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.
Beliau berkata Mazlan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Hijau di Pengerang Ahad lepas mendakwa beliau (Azalina) mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek tersebut.
Azalina berkata tuduhan itu adalah contoh pembangkang cenderung melakukan hasutan dan pembohongan seperti yang dinyatakan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Saya berjumpa Perdana Menteri dan berbincang untuk mewujudkan satu tempat kursus khas bagi belia iaitu Institut Kemahiran Belia Negara di Bandar Penawar.
"Saya juga berbincang untuk mewujudkan bandar baru Felda khusus untuk masyarakat Felda terutamanya generasi muda," kata Ketua Umno Bahagian Pengerang itu kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Projek RAPID bakal dibina di kawasan seluas 2,600 hektar di bawah kendalian Petronas. — Bernama

Kedahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan