13 Oktober 2012

Panas ! Mahathir Lebih Bahaya Dari Soros


Barang kali Najib Razak sudah habis cara dan buntu fikiran sehingga akhirnya dia terpaksa mengakui yang dia memang ada berjumpa dengan George Soros. Bagaimana pun beliau berlapik dan sedikit ego dengan mengatakan yang hendak berjumpa dengannya Soros bukan dia.

Peristiwa penting dan eksklusif itu berlaku tahun 2010.

Saya percaya kalau boleh mengelak Najib tidak akan mengaku semudah itu. Tetapi kerana sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi akhirnya dia terpaksa angkat tangan. Betul bagi Najib baik dia mengakui sesuatu yang benar. Menegak benang basah tidak ada faedah dan menjadi sesuatu yang menyusahkan. Apa lagi bukti-bukti jelas menunjukkan Najib 'berlaga' gelas dengan Soros.

Walaupun Najib nampak hebat kerana diminati Soros tetapi pendedahan itu memberi sedikit kesusahan kepadanya. Apa lagi Mahathir tidak habis-habis menggeleng-geleng kepala mendengar pengakuan Najib itu.

Perjuangan Mahathir untuk memastikan UBN memang bagi membolehkan anaknya jadi timbalan perdana menteri terganggu dengan pengakuan Najib yang mugkin dianggap pandir itu. Mahathir merasakan usahanya memburukkan pembangkang dengan mengaitkan Soros jadi anti klimek.
Pengakuan Najib itu menjadikan Mahathir tersandar di kerusi malas, sikap dan gelagatnya sebelum ini yang menghentam Soros dan mengaitkan Soros dalam membantu pembangkang dapat diterjemah dengan mudah oleh rakyat. Selain orang Umno totok sudah mengetahui siapa dan apa dia Mahathir ini.

Selain itu pengakuan Najib itu juga ada implikasinya. Apabila Najib membuat pengakuan itu maka timbullah berbagai persepsi terhadapnya dan intgeritinya sendiri. Orang akan mengait dengan beberapa hal misteri lagi mengenai Najib. Apa yang Najib sembunyikan selama ini dianggap benar. Cuma Najib tidak mengaku kerana tidak ada bukti nyata, tetapi hakikatnya benar.

Misalnya orang akan ingat tuduhan ke atas Najib yang beliau pernah dicekup dengan seorang artis di Port Dickson beberapa tahun lalu. Orang juga akan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shahribbu. Selama ini Najib tidak mengaku yang dia mengenali dan berjumpa dengan Altantuya. Penafian itu dibuat dengan bersumpah "Demi Allah". Sumpah ini dilapaz dihadapan saya sendiri.

Juga akan dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpone dan sebagainya. Semuanya bermula dengan pengakuan Najib berjumpa dengan Soros itu. Orang akan menganggap mungkin kisah-kisah lain Najib itu benar belaka cuma ia tidak terbongkar lagi. Bagi Najib kalau boleh selindung dia akan selindung sampai ke bila-bila.

Perjumpaan Najib dengan Soros bukan rekaan, ada bukti dan paling penting sekali apabila Najib mengakui. Sebenarnya tidak ada salah pun pertemuan itu ia perkara biasa. Namun apabila Soros itu dianggap hanyir dan jahat oleh Mahathir menyebabkan pertemuan itu juga menjadi hanyir. Mahathir cuba mendedahkan kehanyiran pembangkang bila berjumpa dengan Soros. Jadi bila Soros berjumpa dengan Najib kehanyiran itu kini terlumur di tubuh Najib.

Kesimpulan cerita Soros yang cuba dijadikan isu Mahatir ini tidak memberi bekas apa-apa lagi. Isu Soros sudah tawar 'lembar' dan menjadi senjata memakan tuan.

Bagaimana pun bagi saya Najib tidak perlu gementar dengan pertemuan itu. Sebaliknya yang perlu Najib takut dan berwaspada ialah bertemu dengan Mahathir kerana Mahathir dalam konteks politik Najib lebih bahaya dari Soros. Mahathir lebih berpotensi untuk menjatuhkan Najib berbanding dengan Soros. Soros tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangi kalau kerajaan UBN jatuh tetapi Mahathir dapat merasai apa yang akan berlaku kepadanya.  Ini menyebabkan Mahathir lebih jahat dan celaka dari Soros. Padan muka.

Soros juga tidak ada anak dan harta untuk dilindungi di Mal
aysia, sebaliknya keperluan melindungi anak dan harta itulah yang ada kepada Mahathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan