12 Oktober 2012

Panas ! Kunjungan PM Ke Sabah Bukan Takut...Cuma Ketak Teloq Je.....

KUNJUNGAN PM BUKAN BN TAKUT


KOTA BELUD : Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyangkal laporan bahawa Barisan Nasional (BN) kini dalam ketakutan dan kunjungan kerap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Sabah ialah untuk menaikkan semula semangat yang luntur.

"Mereka yang takut sebenarnya ialah pembangkang, disebabkan itu pemimpin mereka yang selalu ke Sabah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan Umno Kota Belud di sini, hari ini.

Salleh berkata lawatan Najib ke Sabah menunjukkan beliau seorang Perdana Menteri yang prihatin dan tiada salahnya untuk beliau mengunjungi mana-mana negeri sekerap mana yang beliau suka.
"Itu merupakan prerogatif beliau kerana beliau mahu melihat sendiri pelaksanaan pelbagai pembangunan dan kelancaran projek infrastruktur yang dijalankan seperti yang dijanjikan di bawah pelbagai Rancangan Malaysia serta Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Jika Najib tidak melawat Sabah langsung atau mengehadkan kunjungannya kepada satu atau dua kali setahun, mereka yang sama ini jugalah yang akan mengatakan sebaliknya. Mereka akan mendakwa perdana menteri tidak prihatin pula," katany
a.


DS Anwar pergi Sabah Najib pun juga ke Sabah kebetulan ke....?




TERKINI! 100 Ahli PBS Isytihar Keluar Parti Sertai KEADILAN!

Sambutan di luar jangkaan kali ini! Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen

 presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!

Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan 

ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak 
tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama
Malaysia pada 1963.
Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut 
ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan 
melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.

Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan 

sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang
 hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat
 (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.

Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan

 kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan
 Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah
 dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.

Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri,

 Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.
Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar
beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba
bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa,
 tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar

 dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian
 tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama 
rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.

Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira

 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.
Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti 
minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.

Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang

 di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, 
Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap
yang keluar BN bulan lalu.

Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun

 ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.

Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.

2 ulasan:

  1. memang rakyat Sabah sedang melakukan perubahan besar.. rakyat sabah sudah bosan dengan politik umno bn..sebenarnya umno bn la yang takut.. rakyat Sabah sudah bijak sekarang..PRU kali ini sama dengan Pilihanraya 1985.. tukar tatap tukar.. ini kali la !!

    BalasPadam
  2. Alahai.. kalau tak takut dah lama PRU13 tu...

    BalasPadam