14 Oktober 2012

Kantoi ! Blogger Amno-Apco Spin Isu Gambar Kaabah



Blogger PAS Dan @hdaily09 Kantoi (Sekali Lagi!!!) Memfitnah Kerajaan Pahang Isu Gambar Kaabah Dipersenda

Blogger Pakatan Haram, Wargamarhaen, yang memuatkan artikel "Biadab! Kaabah dihina di Megamall Kuantan" dan dipetik dan disiarkan oleh Haprakdaily didapati telah melakukan fitnah dengan menyiarkan berita palsu mengenai Kerajaan Negeri Pahang. Blogger berkenaan menulis, "Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta! Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?"

CTS telahpun mendapat kepastian daripada Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato Shamsuddin Nawawi, bahawa tiada promosi dan kain rentang seperti yang dilaporkan oleh Blogger Pakatan Haram dan Haprakdaily diletakkan di Megamall Kuantan. Hasil maklumat daripada rakan-rakan di Facebook, gambar berkenaan adalah asli dan tidak diubahsuai. Cumanya, lokasi Megamall berkenaan adalah di Kuala Lumpur dan bukannya di Kuantan!



Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/10/blogger-pas-dan-hdaily09-kantoi-sekali.html#DxemZm65yKgsjYIM.99              Cucu Tok Selampit


Poster besar perayaan, menghina kaabah di pasaraya besar Kuantan

HEBOH sejak semalam berhubung isu poster besar menggabungkan Hari Raya Aidiladha dengan perayaan agama lain (Hallowen) yang dilihat tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam.

Poster besar itu dikatakan dipasang di salah sebuah pasaraya besar di Negeri Pahang, iaitu di Megamall Kuantan. Isu ini tersebar di halaman facebook dan beberapa forum terkenal Malaysia.

Poster bertajuk Raya Haji and Halloween 2012 itu didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain. Kita sedia maklum, poster besar seperti ini lazimnya perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan, PBT sebelum ia boleh dipasang. Persoalannya di sini bagaimanakah poster seperti ini boleh diluluskan pemasangannya.


AKHIRNYA POSTER INI TELAH DITANGGALKAN BACA DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan