02 September 2012
Terkini ! Ahli Perkasa mencetus provokasi ketika DSAI hendak menyampaikan tazkirah -Video inside
Terkini dari KEDAH .... Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS Anwar ibrahim hendak menyampaikan tazkirah.
Lebih kurang seramai 100 ahli pekasa cuba menyerbu Masjid Seberang Pumpung, Alor setar .Mereka
mencetuskan provokasi ketika DS Anwar menyampaikan tazkirah. Juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
- Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan walaupun lampu masjid & speaker dipadamkan
P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya....
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yg berada di Masjid Al-Husin kesal dengan gangguan ahli Perkasa. Kasut yg dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
MP Kuala Kedah, Ahmad Kassim mengkritik Polis gagal menyurai ejen provokasi, sedangkan bantuan keselamatan telah dimohon tiga hari lalu.
Tazkirah Maghrib DSAI DI MASJID alhussin Seberang Pumpung Alor Setar pun nak diganggu. Perkasam betul depa ni -Mahfuz Omar
Dari Blog PROAMNO
TERKINI! Perkasa Kota Setar gagalkan salahguna masjid Anwar
Posted by The Unspinners at 9/02/2012
Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husin, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah menjadi kecoh dan tercemar oleh kehadhiran Dato Seri Anwar Ibrahim tadi.
Kumpulan yang menggelar diri mereka "Gerak Khas Perkasa' menentang kehadhiran Anwar. Mereka berkumpul dan mempamerkan tiga banner bertulis "Perkasa Kota Setar menentang penggunaan masjid sebagai pentas politik" dan dua banner pula menulis "Jangan pecah belah perpaduan khariah Masjid Seri Pumpong".
Anwar sampai ke Masjid Al Husin sebelum maghrib pada lebih kurang 7:20 PM dan bertembung dengan 50 orang berbaju hitam yang telah berhimpun di perkarangan masjid. Puak ini menjerit menuntut Anwar supaya berhenti.
Hadhirin di dalam masjid membalas jeritan perkasa dengan mengutuk mereka yang menyuruh Anwar yang membaca al Quran suruh berhenti.
Buta betul orang Pas yang tidak sedar bahawa yang nak bercakap itu bukan malaikat tapi anak syaitan yang menyamar berbaju melayu dan songkok.
Seperti biasa, Anwar suka bila kecuh-kecuh ini dan terus berucap. Katanya apabila orang membaca al Quran menjerit lah mereka. Ramai hadirin menyahut dengan takbir Allah hu al akhbar. Sahlah yang dalam masjid bukan kariah tapi ahli-ahli dan penyokong parti politik PAS.
Kononnya Anwar kata dia bersimpati dengan mereka yang dia anggap sebagai mustahil untuk memahami agama dan akan menentang Islam. Ehhh ... bukan dia menentang hudud dan membela serta menggalakkan murtad dan LGBT?
Dia terus kelentong berkata dalam surah al Kafirun ada ayat berbunyi berkenaan "peringatan kepada orang muda".
Anwar mengatakan pihak membantah kita ini orang tidak pernah pergi ke masjid dan bersembahyang di masjid.
Yalah ... kalaulah orang dalam masjid ini tahu bahawa Anwar bukan saja memuja roh Teoh Beng Hock dengan memasang lilin ta[pi pernah bersembahyang mengikut cara orang Kristian dalam gereja dan cara orang Siam di Wat di Siam.
Si bangang dalam masjid pula menyahut takbir.
Pada jam 8:30 berlaku semula kekecohan dan hadirin terasa terganggu sebaik Anwar mahu cuba berceramah lagi.
Akhinya ada orang tutup power dan masjid menjadi gelap. Macam pondan Anwar mencicit lari untuk keluar dari Masjid ikut pintu belakang. Sampai lapan polis terpaksa kawal keamanan.
Orang yang ngata orang Perkasa tak sembahyang tak tunggu solat isya pun.
Puklul 8:30 pun dia tak solat isya tapi singgah makan dan berbual di rumah imam di belakang masjid kerana tiada jalan keluar.
Budak Perkasa masih tunggu depan. Akhirnya pukul 9 lebih baru nakpak dia keluar dengan kereta Alphard nombor WRV 9150.
Syabas Perkasa. Lagi berani orang yang tak ada cita-cita nak bertanding wakil rakyat dari orang muda tertentu yang senyap macam tikus. Macam mana yang tikus-tikus yang akan jadi pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan