20 September 2012

Pendedahan Panas ! Skandal Noh Omar...Kroni Beliau Juga Kaya Raya -Bhg.2


Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri.

Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara..

1) Noh didakwa mendesak Kementerian Kewangan mengeluarkan tender baru hingga akhirnya tender dibuat pada 29 Mac 2012 sedangkan kontrak sedia ada berakhir 31 Disember 2013. Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak. Apakah keperluan mempercepatkan pengeluaran tender? Adakah kerana Noh tidak yakin akan terus menjadi Menteri Pertanian jika PRU13 berlaku dan kroni perlu dipastikan mendapat tender itu terlebih dahulu?

2) Noh mendesak kontrak membekalkan padi benih dibuat untuk tempoh tiga tahun, amalan yang tidak pernah dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini. Adakah tindakan ini untuk mempastikan ‘kroni boleh makan lama’?

3) Mengapa agensi kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tetapi tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini? Mengapa hanya syarikat kroni Noh Omar yang kemampuannya sangat terhad yang memperolehi tender ini?

4) Benarkah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato’ Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah Industri Padi Beras telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama Datuk Hashim Ketua Setiausaha Kementerian Petanian kerana Dato’ Baharum tidak mahu bersekongkol dengan Noh berhubung perkara ini?

5) Benarkah Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (di bawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius dikatakan berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD?

6) Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. Noh dan ‘kroninya’ didakwa menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22,000 tan, Haji Md. Nor Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000 tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000 tan). Jika berlaku sesuatu kepada syarikat-syarikat ini, maka siapa akan menanggung akibat apabila berlaku krisis makanan yang serius kepada negara?

7) Benarkah Syarikat Seri Merbok yang terpilih itu mempunyai rekod yang buruk di mana petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi), penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh? Bukankah pada tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok?

8) Benarkah Noh mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini? Benarkah Noh hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah?

9) Benarkah pegawai-pegawai Noh seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah dan kaya raya? Benarkah Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan melancong mengelilingi Eropah (tiket MAS kelas pertama)? Benarkah pegawai khas Noh, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu? Benarkah pengawal peribadi dan pemandu Noh juga hidup mewah dan kaya raya?

Apa yang diajukan di atas hanyalah soalan bukan tuduhan. Lebih kurang dengan soalan yang sering diajukan Noh kepada Menteri Besar dan kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun soalan bukanlah boleh direka sewenang-wenangnya tanpa asas. Yang penting Noh Omar kena menjawab kesemua soalan tersebut dan berikan penjelasan segera. Ramai yang ingin dapatkan jawapan mengenai soalan tersebut, lebih-lebih lagi syarikat-syarikat pembekal padi benih yang lebih besar dan berkemampuan.

Bukan sahaja para petani bawahan sahaja yang gelisah dengan isu tersebut, kerana ia melibatkan kepentingan dan masa hadapan mereka, bahkan para pegawai di Kementerian Pertanian juga resah. Mereka merayu agar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membatalkan segera kontrak tersebut demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Mereka juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai isu yang dianggap skandal besar ini.


Jika berlaku situasi ini, apakah ‘bakal Menteri Besar selangor’ ini akan senasib dengan rakannya yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dahulu? Soalan ini Noh tak perlu jawab.

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Kedahkini

SUMBER PENDEDAHAN :  DISINI