PEMIMPIN PENGECUT, RAKYAT SABAH PENAKUT?
KELMARIN, ada pihak yang menawarkan untuk membeli Sabahkini.net dengan harga RM2.5 juta termasuk semua Staff dan Krew Sabahkini.net (Sabahkini.TV dan Sabahkini.Music) seraya meminta saya menggantungkan pena dan menghilangkan laman web berkenaan dari muka bumi?
Jika pemimpin berkenaan sanggup menaja Parti Pembangkang dengan kos lebih RM2 juta dan mampu memberi kesenangan kepada 'Gundik'; maka tidak mustahil jika sanggup memalukan saya dengan tawaran RM2.5 juta; bukan olok-olok tetapi serius!
Di hati kecil saya berbisik, apa gunanya saya berkhidmat untuk rakyat Sabah, membela pemimpin BN Sabah secara percuma, sedangkan mereka hanya sudi menderma RM121.23 sen sejak Sabahkini.net melancarkan tabung derma pada 2009.
Namun pesan Al-Marhum ayah saya, "Wang sedikit cukup, banyak membazir" telah menyebabkan saya mengenang nostalgia bersama beliau yang sering berpesan bahawa ajal, jodoh, maut dan rezeki kerja Tuhan dan kita hanya berusaha; membuatkan saya terkesima dan sedar diri di celah limpahan wang yang memburu saya, bukan untuk menyenangkan kehidupan saya; malah untuk menjatuhkan marah saya sebagai manusia yang berpendirian dan berprinsip selama ini.
Tugas menguruskan Sabahkini.net bukanlah semudah disangkakan kerana untuk berlaku sebagai media bebas dan adil; ada pihak yang terbabas, malah Krew Sabahkini.net tidak berjaya dari lari puluhan saman yang memburu mereka; termasuk lebih 20 saman yang terpaksa saya hadapi secara bersendirian.
Di negara asing atau media yang dikawal sepenuhnya oleh pembangkang, mereka mendapat dana yang cukup besar untuk media pro pembangkang, tetapi Sabahkini.net yang 'Bebas' dan 'Tidak Terikat' dengan mana-mana pihak tidak mendapat sumbangan dana dari mana-mana pihak untuk terus 'berkhidmat untuk rakyat Sabah' yang sejati; bukan untuk mana-mana pemimpin.
Bagi mewujudkan sebuah portal yang benar-benar merdeka, bukanlah tugas mudah sekalipun rakyat Sabah dan Malaysia menyambut 'Hari Malaysia' pada hari ini kerana saya berpendapat Pemimpin Sabah terlalu 'Pengecut' dan rakyat Sabah terlalu 'Takut' untuk bangun menyuarakan suara mereka secara berprinsip; melainkan berselindung di sebalik Facebook atau Blog 'Umang-Umang' ketika menyuarakan pandangan mereka.
Dalam isu Pelarian Perang Filipina yang diberi taraf IMM13 dan kini MyPR, umpamanya, Kabinet Sabah di era Ketua Menteri Merry Go Round, Datuk Seri Osu Sukam telah memutuskan untuk memberikan Taraf Penduduk Tetap (PR) kepada Pelarian Filipina berkenaan yang jumlahnya hanya 60,000 ketika itu.
Malangnya sehingga ke hari ini tidak ada Menteri Kabinet Sabah, termasuk pemimpin KDM mengusulkan agar Kerajaan Persekutuan membatalkan atau menghentikan MyPR kepada Pemegang IMM13 yang kebanyakannya kini sudah mendaftar sebagai pemilih setelah mendapat MyKad Malaysia melalui 'penyimpangan undang-undang'.
Begitu juga dengan Kabinet Malaysia yang menciplak (fotokopi) kesemua buku saya sedangkan semua undang-undang termasuk Akta Hak Cipta digubal di Parlimen Malaysia. Mereka tidak jujur memperjuangkan isu RCI kerana tidak seorangpun mempunyai 'Political Will' membongkar isu ini melainkan Perdana Menteri.
Manakala rakyat Sabah masih seperti kura-kura yang menyorok kepala, agak 'penakut' kerana tidak berani tampil secara terang-terangan apabila setiap pandangan yang diutarakan melalui Sabahkini.net atau Official Page atau kolum khusus; tidak langsung mendapat respon yang berkualiti; sekalipun untuk diajukan kepada Parlimen atau DYMM Yang Di-Pertuan Agung. Offical page seperti RCI Sabah tidak langsung mendapat sambutan.
Sebaliknya pula pemimpin dan parti pembangkang di Sabah langsung tidak mempunyai 'Machinery' untuk membolehkan isu yang diperjuangkan sampai ke pengetahuan pengundi akar umbi yang diharap mampu membawa perubahan besar pada pilihanraya umum akan datang.
Pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang sewajarnya menubuhkan sebuah 'Muzium Patung Lilin' kerana majoriti pemimpin yang menyertai PKR atau Pakatan Rakyat Sabah di kalangan 'Manusia Antik' yang luntur fikiran, idea, kudrat dan mengaburi hala tuju politik masing-masing.
Penyertai Lajim, Bumburing, Maijol, Ibrahim Menudin dan terbaru Yahya Lampung (kelmarin) tidak akan membantu menyumbangkan walau satu kerusi untuk Pakatan Rakyat yang masih bertelagah dan merebut kerusi di hampir semua kawasan.
Begitu juga dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman sewajarnya menubuhkan Sekolah Henry Gurney kerana dibanjiri oleh 'Pemimpin Yang Nakal dan Gatal' yang kerja mereka hanya sebagai 'Bupeka' (Budak Pengilap Kasut) dan dipenuhi dengan pelbagai skandal peribadi dan pengkhianatan terhadap parti.
Jika dikekalkan pemimpin 'nakal' seperti Samsudin Yahya, Salleh Kalbi, Suhaili Said, Nilwan Kabang, Shafie Apdal, Rubin Balang, Sairin Karno, Hajiji Haji Noor, Rahim Ismail, Bung Moktar dan sebagainya; maka tidak mustahil BN Sabah akan kehilangan banyak kerusi pada pilihanraya umum akan datang.
Musa harus menyemak kekuatan bukan sahaja semua Adun dan Ahli Parlimen BN yang terlalu banyak melukai hati rakyat Sabah kerana UMNO dan BN tidak kuat; tetapi kerana 'Pembangkang' masih dan dan sedang dalam 'Rawatan Mati Pucuk'; maka pemimpin BN yang dibencikan rakyat Sabah masih terus bertahan di persada politik Sabah, sekalipun sinonim dengan 'Ikan Kering' yang diletak di dalam akuarium oleh Musa Aman.
Untuk memastikan Sabah masih relevan dengan BN, Musa Aman (jika terus diberi kepercayaan oleh Najib) terpaksa memecat 'Bupeka' yang hanya tahu mengaut untung tetapi tidak mahu berkorban untuk membela UMNO; sehinggakan pembangkang boleh 'meludah' ke wajah BN kerana perpaduan hakiki hanya wujud di dalam mimpi.
Walaupun saya sudah menetap di Sabah sejak 1972 dan mendapat taraf 'PR' pada 1974, tetapi saya masih dianggap sebagai 'Orang Malaya' (kerana lahir di Kedah) tidak diiktiraf sebagai 'Rakyat Sabah'; sebaliknya mereka dengan mudah menerima PATI yang mendapat IC Projek seperti Muis Picho dan Sharif Saidi Sharif Alawi.
Jika sikap prejudis ini berterusan, wajarkah saya membantu rakyat Sabah menyebarkan pandangan dan memperjuangkan hak mereka yang tidak berani diperjuangkan pemimpin Sabah selama ini? Jangan harap mereka sudi untuk menderma RM10 kepada Sabahkini.net seperti 'Si Haji Bakhil' yang melihat wang syiling 1 sen seperti Tayar Trak yang pernah digunakan di Lombong Tembaga Mamut?
Jika tidak ada satupun janji yang dibuat pemimpin Sabah ditepati, bagaimana rakyat akan memilih mereka pada pilihanraya umum akan datang jika Janji 2004 sudah dilupakan dan Janji 2013 belum lagi 'dicapati'?
Mungkinkah rakyat Sabah sudah mula melihat UMNO sebagai masalah dan bukan penyelesaian sehingga belum pernah dalam sejarah Sabah pemimpin UMNO dan BN tergesa-gesa meninggalkan parti sedangkan pilihanraya umum masih belum pasti?
Pengecutkah pemimpin BN Sabah di celah kebangkitan suara pembangkang, sedangkan rakyat Sabah masih takut untuk membuat keputusan ketika Najib sedang melaksanakan Transformasi Ekonomi, Sosial dan Politik; kini membayangkan akan berlaku perubahan besar dalam politik Malaysia?-
Oleh : MUTALIB M.D
Saya amat menghargai usaha anda saudara....tapi bila awak mula berkata awak dan sabah kini bebas dari cengkaman sesiapa...awak sudah mula menipu.....saya melihat paksi perjuangan yang anda cuba lakukan...awak cuba untuk mendidik pemimpin....tapi lebih berat ke arah membela saudagar minyak dengan 40 ekor penyamunnya...:'(...menceritakan kebenaran atas kebenaran memang susah brader.....kena menderita dahulu....itupun kalau ada telur dan sedar diri.....let see....kemana arah tuju misi awak ni.....pada saya....tukar tiu bogspot lebih cool dari sabahki.i...cuba bandingkan saja brade....saya suka pejuang...tapi bukan yang menipu......kerana kita bdrmain dengan nyawa kalau di medan perang.......kerana menipu lokasi musuh saja mungkin boleh terkorban...tak nak dengar takpa....nak dengar lagi bagus....
BalasPadamTUKAR TIUB BLOGSPOT/HISHAMUDIN RAIS..(PEMBETULAN)....TENDANGAN TANPA BAYANGAN.DIDIKOTABELUD.BLOGSPOT.COM.......AHHHH ..ITU AKU PUNYALAH.
Padam