17 September 2012

Panas ! Warga Asing Serang Penguatkuasa Dalam Operasi Perniagaan Haram !!!

Penguatkuasa MPSJ Diserang Ketika Operasi


SHAH ALAM, 16 SEPT : Sekumplan penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diserang warga asing ketika menjalankan serbuan beberapa hari lalu terhadap sebuah premis yang dipercayai menjual DVD tanpa lesen.

Operasi tersebut dijalankan terhadap sebuah premis yang terletak di Jalan TK 1/11A Taman Kinrara, Puchong pada pukul 9.30 malam.

Operasi tersebut dibuat setelah mendapat bukti beberapa warga asing dipercayai dari Myanmar, menjalankan perniagaan VCD dan DVD dan perkhidmatan internet tanpa lesen.

Serbuan tersebut mendapat halangan daripada sekumpulan lapan lelaki warga Myanmar yang bertindakbalas menyerang penguatkuasa dengan senjata tajam.

“Antara senjata yang digunakan ialah parang, pisau, ‘steeing lock’ dan batang besi,” menurut satu kenyataan media MPSJ.

Bagaimanapun keadaan menjadi terkawal dengan kehadiran pihak polis yang terpaksa mengeluarkan senjata api bagi mengawal keadaan.

Warga Myanmar tersebut akhirnya menyerah diri dan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan selanjutnya.

Sejumlah 850 VCD dan DVD serta empat set perkakasan komputer disita dan premis tersebut ditutup.



Kedahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan