04 September 2012

Panas ! Serang Masjid, Peserta Rombongan Nampak Ahli Perkasa Bawa Kerambit ( Video didalam )


PETALING JAYA 4 September: Salah seorang ahli Perkasa yang menyerang program tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar Ahad lalu didapati membawa sebilah kerambit.

Perkara itu disaksikan oleh Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof yang merupakan salah seorang peserta rombongan Jelajah Merdeka Rakyat yang tiba di Kedah.

Menceritakan insiden itu, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Rahman berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika kumpulan pendesak Melayu itu menyerbu pintu masuk masjid selepas bekalan elektrik diputuskan.

“Saya melihat dengan jelas lelaki itu kerana lampu kecemasan di masjid masih berfungsi walaupun bekalan elektrik diputuskan.

“Dia menyimpan kerambit itu dipoket baju dan hulunya terkeluar membolehkan saya melihatnya dengan jelas,” kata Penyelaras Politik Pejabat Anwar itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menerangkan tayangan video insiden berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Pak Rahman berkata, gerak-geri lelaki itu begitu mencurigainya seolah-olah berniat mencederakan Ketua Pembangkang yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah.

Menurutnya lagi, lelaki itu juga dikatakan beberapa kali meletakkan tangan di poketnya seperti bersedia untuk membuat serangan.Bimbang dengan keadaan itu, Pak Rahman mengawasi lelaki terbabit dan bersedia merempuhnya jika dia bertindak agresif.



“Mujur lelaki berkenaan tidak bertindak agresif disebabkan keadaan di kawasan itu terang apabila lampu kecemasan menyala. Saya percaya kalau blackout (gelap) lelaki itu akan menyerbu ke arah Anwar,” katanya.

Beliau yang mengecami lelaki berkenaan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.
“Dari segi bukti gambar, saya boleh kenal pasti dan saya percaya polis boleh menyiasatnya,” katanya.

Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain.

Samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.-Keadilandaily




PKR edar muka-muka penyerang masjid -Inilah muka-muka wanted penyerang masjid di Alor Setar...


PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.
"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.

"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.
Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.

Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.

Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.
"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.

"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.

Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.

"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.
"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan