26 September 2012

Panas ! Perkasa Jahanamkan Harapan BN Tawan Kedah....


Isu 'baling kasut ke dalam masjid' berjaya jahanamkan

 sokongan untuk Be End Kedah

Carta di atas adalah petikan dari kajian yang dibuat oleh UMCEDEL 
mengenai sokongan politik rakyat Kedah. Berdasarkan psikologi, 
seseorang cenderung  untuk berkata 'parti mana yang diyakini
 akan menang' berdasarkan sokongannya terhadap parti tersebut.

Kajian yang dijalankan pada bulan April 2012 hanya 32 peratus 
sokongan untuk PR tetapi pada September 2012 (terbaru) sokongan
 melonjak kepada 48 peratus.

Manakala bagi BN, daripada 40 peratus sokongan bulan April merudum
 kepada hanya 20 peratus pada bulan September. Peristiwa tersebut adalah
 jawapanya, isu apakah yang paling panas di Kedah yang diperkatakan
 sepanjang kajian dibuat itu (1-16 September) maka semua bersetuju
 bahawa tak lain tak bukan isu itu ialah peristiwa
'Serangan dan baling kasut terhadap Masjid Pumpong'.
 Rakyat sangat marah terhadap kebiadapan yang dilakukan itu.
 Maka sokongan terhadap BN pun merudum teruk.

Suka juga diingat bahawa kajian yang dibuat ini berdasarkan sokongan 
terhadap parti semata-mata. Selepas nama calon diumumkan esok,
maka sokongan untuk BN akan merudum berlipat kali ganda apabila 
kumpulan pihak yang tidak tercalon akan sabotaj rakan separti.

Lebih malang lagi tiada tindakan dari pihak berkuasa, yang akan 
menghakis sokongan rakyat terutama pengundi atas pagar.


Kedahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan