19 September 2012
Panas! Orang Sabah Paling Kuat Seks ? @Gangnam Olang Sabah Style
ORANG SABAH KUAT SEKS?
Merujuk pada bancian penduduk Sabah dan Sarawak dari tahun 1970 sehingga ketahun 2010 yang dipetik dari The Malaysian Insider, jelas sekali menunjukkan penambahan penduduk Negeri Sabah secara mendadak.
Memang agak mengejutkan kerana Sarawak mengalami penambahan penduduk sebanyak 148%, manakala Sabah mengalami lonjakan pertambahan penduduk sebanyak 390%.
Ini bererti bilangan penduduk Sabah bertambah sebanyak 242 % lebih dari negeri Sarawak. Peratusan pertambahan penduduk sebenarnya jauh lebih tinggi jika diambil kira bahawa pada tahun 1970 penduduk Sarawak adalah lebih ramai melebihi penduduk Sabah sebanyak lebih 300,000 orang.
Senario menakjubkan ini menunjukkan pertambahan penduduk secara exponential, dengan kata lain kadar pertambahan penduduk Sabah jauh lebih cepat dari Sarawak.
Perbandingan pertambahan penduduk lebih adil dan logik dibuat dengan negeri Sarawak kerana keadaan persekitaran dan kadar kematian yang hampir sama dengan kedua-dua negeri.
Alasan pertambahan penduduk yang mendadak terhadap negeri Sabah disebabkan oleh kemasukan pendatang asing dan penerimaan sebagai warganegara Malaysia dinafikan oleh kebanyakan menteri dan pemimpin kita. Tapi tidak ada seorang menteri pun dapat menerangkan dan menjelaskan fenomena misteri ini dengan tepat.
Beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada mengatakan bahawa dia akan mendedahkan segala-galanya tentang dakwaan pemberian kewarganegaraan songsang kepada warga asing pada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Beliau juga menegaskan bahawa ada pihak keluarga pembangkang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia?
Berhubung isu pertambahan kerakyatan luar biasa ini, rakyat Sabah ingin tahu adakah lonjakan demografi ini disebabkan pemberian warganegara songsang atau pun memang rakyat Sabah mempunyai keinginan seks yang teramat tinggi dan mampu melahirkan anak yang kerap sepanjang tempoh 20 tahun lalu?
Jika disebabkan pemberian warganegara songsang, bagaimana pula cara untuk mengatasinya sekaligus membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan dan yang paling penting apa yang harus dilakukan dengan rakyat yang mendapat kewarganegaraan secara songsang ini?
Jika kerajaan masih tidak dapat menjelaskan fenomena misteri ini, sudah pastinya 'Orang Malaya' akan beranggapan bahawa memang benar 'Gangnam Olang Sabah Style' mengakibatkan penambahan penduduk yang pesat.
banyak ba PILAK di Sabah..
BalasPadam