22 September 2012

Panas !!! Kisah Sumpah Media Perak

Ngeh contoh terbaik pemimpin PR
0
0
  

Aku tau hangpa semua tengah duk bengang kat Ngeh. Ada yang terang-terang hentam Ngeh (Pemuda umNO dan Perkosa..opss..Perkasa) dan ada yang protes dalam senyap seperti Ust.Abu Bakar dan Ust.Azli Musa serta Dr.Muhammad Nur Manuty.
Selepas aku baca tweet Ngeh, aku mula senyum. Senyuman itu ada maknanya. Selepas beberapa jam dan hari, aku senyum lagi selepas baca respon dari gerombolan umNo dan Perkasa.
Wahai pemimpin Pakatan Rakyat, aku nak bagaitau hangpa, “Ngeh contoh terbaik”. Aku tau ramai pemimpin Pakatan Rakyat (terutamanya di Perak) bersifat anti-Media Perak. Bagi pendapat hangpa, Media Perak nie kejenya hentam Pakatan Rakyat. Maaf,anda silap.
Bila Media Perak hentam hangpa marah kat kami, terutamya MSK. Tapi, bila umNo hentam hangpa, nak buat sekarang? Bila Media Perak keluar isu “Samseng DAP”, hangpa semua dok menyumpah Media Perak. Sedangkan isu itu benar. Bising sungguh Ngeh dan Nga. Sekarang isu hina umat islam pulak. Tweet itu benar dikeluarkan oleh Ngeh. umNO dok hentam DAP dan PR. Sekarang Ngeh dan Nga nak bising apa? boleh depa nie bising kat Pemuda umNO dan Perkasa?
Bila umNO dan Perkasa bising bila hangpa buat silap, hangpa dok diam. Bila Media Perak hentam bila hangpa buat silap, hangpa bising kat kami. Nie ape nie? Bila kwan tegur tak boleh terima, bila musuh politik bantai boleh terima? Adalah benar bahawa DAP,Ngeh dan Nga ‘pantang ditegur?”
Ngeh nie memang buat malu. “ Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam”. Bila aku baca berita nie aku nak samakan Ngeh dengan Najib Razak. Persamaanya ialah buat kenyataan flip-flop. Jika benar Ngeh tak berniat menyakitkan hati umat islam, sepatutnya Ngeh menerangkan apa yang dimaksudkan dengan tweetnya, bukan mintak maaf. Bila Ngeh mintak maaf nie bermakna Ngeh mengaku kesilapanya.
Nie contoh yang hangpa kena belajar. Hangpa (pemimpin PR) kena ingat, umNO,Perkasa,pengundi dan rakyat Malaysia sedang perhatikan percakapan dan tingah laku hangpa. Jadi bila bertindak biar pakai otak, jangan pakai kepala lutut. Cuba hangpa pi tengok media-media pro-Barisan Nasional. Semua hentam hangpa. Pas dan PKR duk menjaja “DAP mengenali Islam selepas tubuh Pakatan Rakyat”. Kempan Pas dan PKR nie terjejas sebab Ngeh.
Bila musim PRU-13, Pakatan Rakyat kena pakai ‘Advance Brain’ untuk pikir macam mana nak jawab umNO nie. Confirm, umNO akan guna isu nie untuk kempen ‘DAP anti-Islam’. Dengor brite, Ngeh tetap bertanding di Beruas dan Setiawan. Boleh menang ke Ngeh nie kalau umNO pandai guna isu tweeter Ngeh?
Mampoi pi kat Ngeh….
Pemimpin PR yang lain, hati-hati. Jangan hangpa pun join senarai “Anti-Islam”.
Tahniah kepada umNO yang sentiasa mempertahankan Islam Dulu, Kini dan Selamanya.


***Sumber Berita Dari: mediaperak.com