27 September 2012

Panas ! Haram Jadah betul..bloger sekor nie kata PAS sama dengan longkang...


Kadiaq Kempen Untuk PAS… Nak Bagi PAS Cepat Mampuslah Tu!  

Kalaulah masa dia masih lagi jadi Ketua Bahagian UMNO Kulim-Bandar Baharu dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu merangkap Menteri Kabinet, Kadir Syeikh Fadzir buat perangai macam ni, mungkinlah ada nilai yang boleh diperhatikan dan disanjungi. Namun hanya setelah kegagalan demi kegagalannya, sama ada dari tahap peribadi sehinggalah kepada perniagaannya, apa yang dilakukan oleh Kadir Bow Tie, hanya menambahkan lagi luka kepada legasi yang cuba ditinggalkan di Kulim-Bandar Baharu.
Kadir sekarang ini, dah mula renggang sedikit dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Walaupun dikhabarkan, hubungan Kadir dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim masih lagi baik, ekoran ketakutan Kadir, sekeping tanah seluas beberapa hektar di Shah Alam yang boleh disita dan ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Selangor, statusnya masih tergantung, namun Kadir dilihat sekarang ini lebih condong kepada PAS.
Maka timbullah tanda tanya, apakah Kadir sebenarnya telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyusup masuk ke dalam PAS dan cuba berlakon konon-kononnya dia lebih berminat dengan PAS berbanding PKR dan Anwar Ibrahim?
Tetapi ada juga pihak yang mengatakan, Kadir sebenarnya telah diberikan misi khas oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan PAS sentiasa tunduk dan sujud kepada Anwar Ibrahim. Apatah lagi, PAS sebenarnya sangat kemaruk dengan sisa-sisa kumbahan daripada UMNO berbanding parti-parti lain.
Oleh sebab itulah, apabila ada sisa-sisa kumbahan dari UMNO, PAS sangat tergedik-gedik dan menyifatkan golongan berkenaan sebagai petanda serta petunjuk kononnya, kebanyakan pemimpin UMNO akan menyeberang dan menyokong Pakatan Rakyat.
Walhal apa sebenarnya yang berlaku ialah, kebanyakan pemimpin-pemimpin kumbahan yang kecewa apabila kehendak mereka tidak dituruti, atau apabila kepentingan mereka mulai terjejas dan UMNO pula tidak membantu, menggunakan peluang untuk menggertak, mengugut serta menakut-nakutkan UMNO dan Barisan Nasional. Pada masa yang sama, cuba juga meyakinkan Pakatan Rakyat terutama sekali PAS bahawa mereka masih ada nilai dan perlu diberikan peluang.
Dan kalaulah PAS terus terpedaya seperti yang mereka tunjukkan sekarang, alamatnya tak lama lagi, PAS dengan longkang atau sampah berulat, sudah tiada bezanya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan