27 September 2012

Panas ! Dahsyat..Demo di Lawas Sarawak !!!

Gambar Ketegangan Berlaku Di Lawas, Sarawak
Menurut sumber yang kami perolehi, ketegangan berlaku di bandar Lawas disebabkan orang bangsa Lum Bawang ingin membuat pembalasan terhadap pembunuh mendiang yang dikatakan dari kampung Belimbing dan telah dileraikan oleh polis yang tiba sejurus kemudian.
Kekecohan ini bermula apabila seorang pemuda Lum Bawang bernama Edwin Singa Pelipus, 19 telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu iaitu pada 21 September 2012 kira-kira jam 7 malam di hadapan sebuah cyber cafe dan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan punca pergaduhan dipercayai bermotifkan dendam.
Dan difahamkan, kes bunuh ini adalah kerana suspek di bawah pengaruh dadah. Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.
Dipetik pula dari laporan Borneo Post, kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas.
Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.
Berikut adalah galeri penuh gambar ketegangan di bandar Lawas, Sarawak.


Lagi Berita : DISINI

Read more: http://hangat.my/2012/09/26/gambar-ketegangan-berlaku-di-lawas-sarawak/#ixzz27fYelsp6
 

Kedahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan