15 September 2012

Panas ! BN Johor Gelabah, Rakyatnya Terima Pakatan



SKUDAI - Insiden bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat yang disimbah cat di Tangkak, kelmarin dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang berasa tergugat dengan penerimaan rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mendisiplinkan penyokong mereka.

“Saya sering kali mengingatkan penyokong PR bahawa perbuatan seperti ini adalah provokasi samseng. Mereka mahu kita bergaduh, bertumbuk.

"Tapi kita takkan buat begitu. Kita akan tetap kalahkan mereka dan menawan Putrajaya," katanya.

Menurut Anwar, beliau juga kesal kerana berlaku ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

"Saya memang tidak bersetuju insiden pijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gambar Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) lagilah jangan pijak. Tapi kencing gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tak mengapa? Baling batu pada saya boleh?

"Itu menunjukkan ‘double standard’. 1Malaysia tapi dua undang-undang,” katanya dalam ceramah di hadapan kira-kira 8,000 tetamu bersempena Jamuan Makan Malam Merdeka Rakyat di kawasan parkir Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution; Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.



Pada majlis yang sama, beliau turut mengkritik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sebuah portal berita bahawa pihaknya tidak memberi jaminan terhadap keselamatan pemimpin PR yang berhadapan dengan perbuatan khianat dalam kempen jelajah pembangkang.

“Dia (Hishammuddin) mahu kerja atau tidak? Dia sepatutnya jaga rakyat, bukan jaga parti," katanya.


Anwar turut berkongsi pengalamannya dihalau ketika berkunjung ke negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), sedangkan PR tidak pernah melakukan sedemikian terutamanya apabila orang BN datang ke Selangor atau Pulau Pinang.

“Kita boleh tak setuju dengan Umno, MCA dan MIC tapi jangan cerca, tangkap orang, kemudian hukum dengan sewenang-wenangnya. PR mesti hormat kedaulatan undang-undang,” katanya sambil mengingatkan ribuan penyokongnya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan