25 September 2012

Panas ! Apa Macam Najib ? Pak Lah Pun Dah Sokong NGO R ......




Selepas khabar angin Pak Lah tidak dipilih sebagai calon Parlimen Kepala Batas pada PRU13, mungkin Pak Lah dah buat Spin untuk menyokong tuntutan Royalti kerajaan kelantan.  Pada hal semasa beliau menjadi PM beliau tiada keberanian untuk  memperbetulkan keadaan. 





Sumber berita FB


24 September 2012 - Sidang Media Ngo R d Parlimen Malaysia dihadiri oleh:
YB Salahuddin Ayob, YB Dr Hatta Ramli, YB Zailah, YB Dato Fattah, Ajk R Malaysia, AJK R Selangor dan    Kl.
Sidang media di PARLIMEN MALAYSIA utk:

# Konvoi Mega R Tuntut Royalti ke Putrajaya.


# Mohon Deklarasi Mahkamah Utk Istihar Perjanjian Kelantan Petronas 9 Mei 1975 tidak sah


# Desak PM BATALKAN Jk Bayaran Tunai@Royalti yg diumumkn pd 4 Ogos 2012.

Kita terokkkkk rapat jikkkk trikkk nihhh!!!!

Tuntut hak kita sampai dapat.


Konvoi ke Putrajaya tuntut royalti minyak 

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) merancang untuk mengadakan konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 2 hingga 4 Oktober depan bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan.

Presiden R, Nazri Deraman berkata, konvoi itu akan diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi di Putrajaya.

Katanya, tindakan itu akan diambil sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyatakan pendirian tegas untuk mengembalikan royalti minyak dan gas yang tertunggak sejak tahun 2004 kepada Kelantan yang dianggarkan berjumlah RM7 bilion dalam pembentangan Bajet 2013 nanti.

Katanya, konvoi itu meliputi ceramah, tazkirah dan solat hajat, penyerahan 150,000 tandatangan dan memorandum kepada Najib, termasuk konvoi ke Menara Petronas dan piket aman ke KLCC.

“Kami mengajak seramai mungkin rakyat Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak untuk bersama-sama berjuang menuntut hasil kekayaan negeri yang selama ini dirompak.

“R telah menyedia pentas pidato pada 2 Oktober depan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam kepada semua pemimpin parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kami juga ingin menjemput secara terbuka Perdana Menteri atau wakilnya untuk hadir menyatakan pendirian sama termasuk isu tuntutan royalti di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

5 peratus Selain itu, Nazri berkata pihaknya turut mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan Najib pada 4 Ogos lalu melibatkan Kelantan, Terengganu, dan Pahang dibatalkan.

Sebaliknya, beliau mahu bayaran segera wang royalti lima peratus dibayar segera kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Kami menolak jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dimeterai antara kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.

“Sedangkan penyelesaian isu bayaran wang royalti kepda kerajaan negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya juga akan memfailkan permohonan Perintah Deklarasi Pembatalan Perjanjian 9 Mei 1975 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu ini.

R merupakan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan yang bertujuan untuk menuntut royalti dan hak pendaratan minyak, serta membina hubungan nasional dengan negeri lain bagi menyatakan solidariti menuntut hak hasil bumi dikembalikan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan