03 September 2012
Isu Tazkirah : Tindakan Perkasa Melampau
Sejak bila pulak Majlis Agama Islam Kedah memberikan mandat pada Perkasa untuk bertindak menguatkuasa kepada sesiapa yang tidak ada tauliah memberikan tazkirah...Pihak berkuasa berkenaan selalunya datang tunjuk surat kuasa atau waran tapi puak haramjadah perkasa nie....main pungai kasut.......
PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah
Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.
"Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.
"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat," Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.
Paling menyedihkan tiada satu kenyataan media yang dibuat oleh PKR Negeri Kedah dan Majlis Pakatan Rakyat, padahal kejadian ini seperti mendapat " Bola Tanggung " tetapi kelembabpan Biro penerangan menyebabkan seolah-olah parti kelihatan tidak bermaya. Tambahan pula untuk menangani isu-isu kritikal begini nampak agak lembab.
JANGAN LUPA INI DIA...DALANG-DALANG NYA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan