02 September 2012
HOT ! Umno Johor mahu singkirkan Najib ?
PANAS! Poster Lobi Muhyiddin Jadi PM Tersebar!
Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib Altanuya ternyata benar!
Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu.
Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib Altantuya dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.
Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib Altanuya tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.
Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.
Sementara Najib Altantuya memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.
Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman.-JP
Ahli Parlimen Umno Johor mula pertikai tindakan Najib
Kegelabahan Najib dalam negeri deposit tetap terpaksa membuat u-turn untuk mengambilalih lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) mula disanggah oleh ahli palimen UMNO sendiri dan belum pernah seorang ahli parlimen sanggah keputusan perdana menteri yang kununnya semua keputusannya betul belaka!
Keputusan kerajaan itu katanya, untuk mengambilalih Lebihraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor Baru adalah sebahagiannya sekurang-kurangnya disebabkan oleh tekanan dari maklumat salah disebarkan oleh pembangkang dan bukanlah satu langkah baik, kata ahli parlimen Pulai dari Umno.
Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga ketua Umno bahagian Pulai menambah bahawa kerajaan tidak seharusnya mengubah perjanjian penswastaan hasil perbincangan bertahun-tahun dan selepas kontrak telah telah ditandatangani. Mungkin menyanggah tindakan Najib satu perancangan Umno Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan