13 Ogos 2012

Panas !!! RCI : Banyak YB yang bergundikan Pati

RCI HANYA UNTUK PEREMPUAN JELEK?


TAHNIAH kepada Sabahkini.net kerana begitu vokal memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam isu kerakyatan songsang dan penyelewengan dokumen pengenalan diri yang menghantui Sabah sejak empat dekad lalu; namun amat malang sekali kerana semua ahli politik di Sabah hanya mempunyai 'telur' ketika menjelang pilihanraya umum.

Mungkin agak kenyataan saya agak keterlaluan, tetapi hakikatnya selama ini Isu Kerakyatan Songsang hanya melibatkan warga asing kelas bawahan terutama warga India, Filipina, Pakistan, Indonesia dan China yang jelek dan tidak cantik atau tidak mempunyai nilai 'SEKS' di pasaran.

Manakala perempuan yang jelita, ada rupa dan figura, tidak perlu melalui pintu imigresen kerana telah dikebas oleh pemimpin politik yang lidah bercabang dan diberi kerakyatan songsang tanpa perlu berbaris panjang atau menunggu lama untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia.

Walaupun ada juga yang masih belum mendapat kerakyatan Malaysia, namun perjuangan pemimpin politik berkenaan tidak ikhlas kerana 'berbinikan dan bergundikkan' PATI atau Warga asing yang menyalahguna status mereka semata mata kerana bersuamikan YB atau Menteri.

Dalam hal ini, saya menyeru agar pemimpin yang menggunakan lidah mereka untuk mendapatkan kedudukan dalam parti berhubung isu PATI tetapi dalam masa yang sama menjadikan PATI sebagai teman 'seketiduran'; lebih baik berdiam diri daripada menyibuk dan membingungkan rakyat Sabah yang semakin celaru dengan 'Gendang' yang dipalu Perdana Menteri berhubung RCI.

Layakkah pemimpin politik seperti Dr (Palsu) Salleh Kalbi, Ronald Kiandee, Donald Peter Mojuntin, Samsuddin Yahya, Melvin Jaikul dan sebagainya mengutuk kanak-kanak yang terberak dalam seluar sedangkan mereka sendiri membawa najis di dalam perut ke mana sahaja, termasuk ke dalam masjid dan gereja?

Sebaiknya, pemimpin politik yang bernikah atau bergundikkan warga asing terutama PATI meletakkan jawatan dan melepaskan segala kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana mereka menyuburkan sindrom PATI dan menjadi koloni PATI dalam kerajaan.


oleh: DATUK PATRICK SINDU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan