23 Ogos 2012

Panas....Malaysia Ada Negeri Penyangak!!!

Negeri Penyangak!


Semalam kami telah melaporkan mengenai perjuangan penentang ketidakadilan di negeri Sarawak yang telah bangkit mempertahankan tanah dan hak mereka dari diganggu oleh syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan yang tamak.

Mereka telah diugut kerana mereka didapati membantah tindakan syarikat perladangan yang telah merampas tanah mereka yang kemudiannya telah menerangkan kawasan NCR mereka itu.
Kini kami dapat melaporkan dengan lebih terperinci lagi mengenai penganiayaan ala-samseng yang dilakukan ke atas penduduk kampong sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami juga dapat mendedahkan identiti para pemilik syarikat-syarikat yang melakukan perampasan tanah-tanah, yang sebenarnya merupakan dua dari menteri-menteri kanan kepada Abdul Taib Mahmud dalam cabinet BN di Sarawak!

Taktik-taktik samseng – “Sama ada kamu terima wang kami atau kami ambil tanah kamu secara percuma”!

Para pemberita dari Sarawak Report telah menemubual beberapa orang penduduk di Melikin sejak kebelakangan ini untuk mengetahui apakah masalah sebenarnya yang membelengu mereka. Salah satu dari masalah itu adalah yang disebabkan oleh salah sebuah syarikat yang beroperasi di kawasan mereka, United Teamtrade Sdn Bhd. Syarikat United Teamtrade telah diberikan lesen menduduki sementara (provisional license) ke atas kawasan tanah NCR seluas 7,300 hektar.

Seperti kebiasaan pada kes-kes yang terdahulu, syarikat itu telah menganggap lesen menduduki sementara dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak itu sebagai hak mereka ke atas tanah-tanah NCR, dan bukannya sebagai hak untuk mengadakan rundingan dengan pemilik sah tanah-tanah NCR itu.

Menurut penduduk-penduduk kampong, yang tinggal kira-kira 60 batu dari Kuching dan juga bersebelahan dengan sempadan Indonesia itu, syarikat United Teamtrade telah cuba membuli mereka untuk menjualkan tanah pada harga sekecil RM300 untuk satu hektar!

Apabila orang-orang kampong enggan menyerahkan tanah pusaka dan kawasan hutan mereka pada kadar kurang dari sebulan gaji itu, mereka telah mengatakan bahawa pengurus syarikat telah membuli mereka dengan menyebut, “sama ada kamu ambil wang (kami) ini, atau kami akan ambil tanah-tanah kamu secara percuma”.

Pengurus itu seterusnya mengeluarkan lesen menduduki sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, sambil mengakui bahawa surat itu telah memberikannya hak ke atas tanah pusaka milik orang-orang kampong, yang merangkumi tanah perkuburan, dusun-dusun dan bekas tapak perkampungan.

Namun, orang-orang Melikin telah enggan tunduk kepada ugutan syarikat itu dan mereka kemudiannya mendapatkan bantuan guaman dari peguam PKR, YB See Chee How (yang juga merupakan seorang ADUN) ke mahkamah.



Pemberita kami dimaklumkan bahawa selepas itulah persengketaan antara orang-orang kampong dan syarikat berkenaan tercetus. Segerombolan samseng mulai kelihatan dan mengugut mereka. Samseng-samseng telah mendirikan sekatan laluan ke huma dan dusun-dusun mereka.

Ada juga di kalangan samseng-samseng datang ke halaman rumah panjang mereka dan memacakkan parangnya sambil memberi amaran bahawa musibah akan melanda perkampungan itu. Malah, pengurus syarikat itu sendiri mengatakan bahawa dirinya memiliki pistol untuk mengugut orang-orang kampong.

Dalam suatu lagi kejadian gangguan ala-samseng itu, salah seorang dari ketua kaum yang telah menentang kemaraan United Teamtrade dan syarikat-syarikat lain mencerobohi kawasan tersebut telah mendapati kenderaan barunya telah dibakar.

Michael Lung, yang berasal dari Kampung Tanah Mawang telah terjaga dari tidurnya dan mendapati trak Hilux barunya yang berharga RM76,000 telah terbakar di luar rumahnya. Dia percaya bahawa kerana dia merupakan salah seorang perancang penentangan yang melindungi 200 orang kampong yang menghadapi tekanan dari syarikat itu.

Apakah peranan YB BN mereka, Snowdan Donald Lawan?

Tindakan orang-orang kampong pada mulanya adalah melaporkan pencerobohan itu kepada pihak polis yang berhampiran. Mereka telah membuat banyak laporan mengenai pencerobohan itu.
Namun laporan mereka telah tidak dipedulikan oleh pihak polis. Polis di Sarawak lebih gemar menerima sogokan dengan merestui tindak-tanduk syarikat pembalakan dan perladangan yang rakus, dan bukannya menegakkan undang-undang untuk melindungi orang-orang yang teraniaya.
Setelah gagal mendapatkan perlindungan polis, mereka telah beralih kepada wakil rakyat di kawasan mereka untuk bantuan.

YB BN yang mereka rujuk adalah seorang YB jutawan, Snowdan Lawan yang bapanya merupakan kroni perdagangan kepada Abdul Taib Mahmud.Namun, menurut mereka, Snowdan telah memberikan alasan bahawa persengketaan mereka dengan pihak syarikat United Teamtrade itu ‘begitu rumit dan terlalu sensitif’ untuk dikendalikan! Justeru itu mereka terpaksa merujukkan kes itu kepada peguam dari PKR dan juga merupakan peguam hak asasi orang asal See Chee How, yang telah mengendalikan kes itu di mana mereka telah disumbatkan ke dalam lokap polis minggu lalu.

Terlalu sensitif?

Kenapakah perkara ini terlalu sensitif untuk dikendalikan oleh Snowdan Lawan dalam usahanya membantu meringankan kesengsaraan yang dihadapi orang-orang kampong menentang United Teamtrade?
Juga, kenapakah ianya bterlalu sensitif bagi Snowdan untuk menggesa pihak polis melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap para samseng yang mengugut dan menganiaya para pejuang dari kampong yang mempertahankan hak atas tanah-tanah NCR mereka?
Jawapan pada inkuiri ke atas pemilikan United Teamtrade Sdn Bhd ini amatlah mudah. Ianya amat menyerupai apa yang sedang berkembang di seluruh Sarawak di bawah pemerintahan BN pimpinan Abdul Taib Mahmud selama 30.

Sebagai mana yang telah dilaporkan oleh Sarawak Report mengenai rampasan-rampasan tanah NCR terdahulu, syarikat WFM Development adalah sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Naroden Majais, salah seorang orang kanan Taib, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Usahawan di kabinet negeri Sarawak!


Mana kala, Awang Matusin Bin Awang Drahman adalah pembantu peribadi kepada YB BN Awang Tengah Bin Ali Hassan, seorang lagi orang kanan kepada Ketua Menteri Taib Mahmud! WFM telah terlibat dalam banyak angkara menipu pemilik-pemilik tanah NCR untuk memasuki usahasama yang bersabit dengan syarikat-syarikat yang direstui oleh BN seperti Hydroflow Sdn Bhd dan Indranika Sdn Bhd. Seperti yang pernah kami laporkan, kesemua syarikat itu dikendalikan dari pejabat-pejabat yang diuruskan oleh Naroden Majais sendiri dan juga para nomininya yang memegang saham-saham utama bagi pihaknya. Naroden pernah mengatakan bahawa rampasan tanah-tanah di Sarawak adalah ‘mitos’ semata-mata.

Namun kami pernah melaporkan bagaimana dia (selaku bekas seorang guru sekolah berkedudukan biasa) adalah pemegang utama saham dalam Peninsular Rise Sdn Bhd, salah sebuah syarikat yang menerima lesen pembalakan terbesar di Sarawak. Tambahan lagi, Naroden telah didakwa di mahkamah kerana didapati menipu orang-orang tempatan berkaitan rampasan tanah-tanah NCR. Dia dan isterinya yang merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Nirwana Muhibah Sdn Bhd, yang merampas 5,000 hektar tanak NCR dari penduduk Kampung Lebor di Serian dan kemudiannya menawarkan pampasan seminima RM700 sehektar!

Maka, Naroden Majais telah didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes itu
Maka, kita turut dikejutkan dengan satu lagi taktik penipuan yang sama yang dilakukannya menerusi syarikat United Teamtrade ke atas penduduk di Balai Ringin.

Dan adakah ini yang dikatakan ‘perkara yang sensitif’ untuk diselesaikan menurut Snowdan Lawan apabila penduduknya memintanya membantu mereka, kerana kedua-dua ‘samseng utama’ yang menganiaya penduduknya itu merupakan rakan-rakan seniornya dalam kabinet BN Sarawak?
Abdul Taib Mahmud telah membiarkan keluarga dan rakan-rakan politiknya meranapkan negeri Sarawak buat sekian lama semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri.

Para wira dari Melikin dan Balai Ringin dan di tempat-tempat lain di Sarawak kini sudah mulai bangun untuk mengajar para YB BN mereka bahawa ketamakan mereka itu akan memusnahkan mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan