Australia rampas dadah seludup RM1.6 bilion dari Hong Kong
Sebahagian daripada jambangan yang digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke Australia. – Foto ihsan
SYDNEY - Polis Australia telah merampas dadah bernilai lebih RM1.6 bilion ($AS526 juta) di sini semalam, sekali gus mematahkan sindiket pengedaran dadah yang berpangkalan di Hong Kong.
Rampasan itu, yang dilakukan selepas siasatan selama setahun, membawa kepada penahanan empat warga Hong Kong dan tiga rakyat Australia.
Ketujuh mereka dihadapkan di mahkamah hari ini.
Pihak berkuasa Australia berkata, mereka merampas satu tan dadah termasuk 306 kilogram (kg) crystal methamphetamine dan 252kg heroin.
Menurut polis Australia, rampasan crystal methamphetamine adalah yang terbesar dan heroin ketiga terbesar setakat ini di negara itu.
Dadah itu disembunyikan dalam jambangan bunga, di kapal yang berlayar dari Thailand ke Botany Bay, Sydney
Tiada ulasan:
Catat Ulasan