06 Ogos 2012
Aziz Desa tamat kontrak dengan KTC
KOTA BHARU: Pengacara Aziz Desa (gambar) telah tamat kontraknya sebagai Pengarah Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) sejak 31 Julai lalu.
Katanya, bermula tarikh itu beliau tidak lagi bertugas di KTC dan jawatan itu akan diisi oleh orang lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program qaseh dan ziarah Ramadan bersama Buraqoil serta majlis berbuka puasa, di KTC, di sini semalam.
Menurut Aziz beliau mula berkhidmat di situ bermula 12 Febuari tahun ini dan berakhir 31 Julai lalu.
Aziz memulakan kerier pengacara dengan TV3 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid.
Penyertaannya ke dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menjadi kejutan banyak pihak namun ia bukan memeranjatkan keranan Aziz masuk melalui rakan kongsinya yang bukan dikawal kerajaan negeri.
Namun tindakan Aziz menjadi pengacara satu program di TV3 yang menyerang PAS mengejutkan banyak pihak.
“Saya mendoakan semoga KTC terus maju dan berharap ianya semakin cemerlang di bawah pengurusan baru walaupun ada beberapa program yang saya rancang tidak sempat di tunaikan," kata beliau.
Katanya, Kelantan sentiasa menjadi kerinduan para pelancong bukan sahaja tempatan, sebaliknya luar Negara.
Kerana itu, tambahnya Kelantan tercatat antara negeri yang paling dikunjungi pelancong dalam peta pelancongan dunia kerana keistimewaannya.
“Saya tidak bercakap kosong, dari segi lain saya tidak mahu mengulasnya, tetapi Kelantan memang menarik kerana mempunyai kepelbagaian keistimewaan yang boleh dibanggakan,”ujarnya.
Untuk itu, tambahnya rakyat Kelantan diseru menjaga keistimewaan negeri itu yang begitu menarik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan