22 Ogos 2012
Antara MCA dan Sinar Harian, sapa yang hangpa lebih percaya?
Sinar Harian melaporkan:
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. - Sinarharian.
Ingatkan 'ribut' sampai ke petang, rupa-rupanya 'seriat' ditengahari.-SINARHARIAN
Malaysiakini pulak melaporkan:
Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.
Chong mendakwa, dalam temubual telefon dengan harian berbahasa Melayu tersebut, isu mengenai undang-undang hudud tidak dibangkitkan langsung.
"Mereka tidak pernah menyentuh tentang hudud, tidak dibangkit. Saya amat kecewa dengan laporan mereka," katanya ketika dihubungi.
Chong berkata beliau hanya memberi respon kepada cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya PAS bergabung dengan Umno di bawah BN.
Katanya, kenyataan beliau sangat jelas, iaitu mana-mana parti politik yang mahu menyertai BN memerlukan kelulusan kepimpinan tertinggi BN dan mereka mesti mematuhi perlembagaan BN dan semua kriteria yang ditetapkan oleh BN.
Beliau mengulangi bahawa partinya, termasuk di Kedah, menentang keras undang-undang hudud. - MKini.
Pertama sekali kalau disuruh pilih yang mana satu aku nak percaya antara laporan Sinarharian dengan laporan Malaysiakini, aku tentu pilih laporan Sinarharian. Bukan maksud aku laporan Malaysiakini tak betul tapi aku tak percaya penafian Pengerusi MCA Kedah tu.
Pemimpin MCA ni bagi aku tak jauh bezanya dengan pemimpin Umno, tara Ust Jamil Khair pun tak berapa nak boleh percaya pasai terbukti sanggup gunakan duit zakat untuk kepentingan diri sendiri inikan pulak pemimpin MCA, tambah-tambah dalam keadaan nak menyelamatkan diri macam ni, 10-1 pun payah aku nak percaya.
Lagi pun aku percaya wartawan Sinarharian yang tulis laporan tu tak mengada-adakan cerita tu dan cuma melaporkan apa yang dia dengar sendiri dari mulut Pengerusi MCA Kedah tu. Takkan kut wartawan tu berani nak buat cerita palsu terutama sekali melibatkan rakan kongsi Umno yang berkuasa membatalkan permit akhbar.
Lain la kalau buat laporan tak betul berkenaan PAS, PKR atau DAP. Yang tu mungkin berlaku, tambah-tambah pulak kalau ada komplot dengan Umno atau tak mustahil MCA pun.
Kalau betul wartawan Sinarharian tu mereka-reka cerita, aku cabar Pengerusi MCA Kedah tu saman Sinarharian di mahkamah. Biar wartawan berkenaan bela diri di mahkamah dengan segala bukti dia.
Apa pun, walaupun Pengerusi MCA tu menafikan laporan Sinarharian tu, episod ni tetap boleh jadi peluru untuk Pakatan Rakyat. Laporan Malaysiakini tu jadi satu lagi bukti yang MCA jugak tak kurang taraf 'Harbi' berbanding DAP kalau ikut neraca Tok Guru Pondok pujaan Umno, Mufti Pahang, Ketua Ulama' Muda Umno dan mererka-mereka yang sewaktu dengannya.
Kalau mengundi DAP haram, dengan gunakan kaedah kias, mengundi MCA pun haram jugak. Jadinya dikerusi yang calon DAP lawan calon MCA secara 2 penjuru, pengundi yang berugama Islam haram keluar mengundi.
Jadinya, sefahan aku kalau ikut usul fiqh Umno dan PAS jugak mungkin berdosa sama pasai tak letak calon di kerusi-kerusi berkenaan. Boleh macam tu? Hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan