22 Julai 2012

Panas! Rakyat Sabah masih guna AIR PARIT ( Janji ditepati )

KATAKAN DIA IBUMU

SEKIAN tahun kita merdeka di bawah kerajaan yang konon baik hati, tetapi masih juga keadaan ada seperti di zaman batu dan bila kita perkatakan akan selalu dijelaskan sedang diusahakan; meski sudah merdeka sekian tahun dan mana sudah slogan rakyat didahulukan. Manisnya kata-kata tetapi hakikatnya apa sahaja yang kita terima? Anugerah negeri termiskin sekali. Inilah hakikatnya.

Apabila menatap foto di atas, jelas saya teringat zaman dulu selepas merdeka setahun dua dan beginilah keadaannya di desa saya di kala masih ada ibu dan ayah saya dan bayangkan sedih dan duka itu ada dalam hati tatkala teringatkan masa lalu. Tetapi itu tidak mengapa sebab negara kita sedang merangkak ke arah negara maju dan itu kita faham sangat.

10 tahun lalu saya bicara dengan seorang sahabat di laut Kg Brunei iaitu desa saya sendiri dan kata seorang teman baik yang sudah lama tidak ketemu, Yassin Awang Hitam;
"Sedih, ayah dan ibu saya meninggal tidak sempat merasa minum air paip dan nikmati cahaya api letrik."

Memang benar sebab ayah dan ibunya tinggal di hujung kampung ketika itu dan memang di sana tiada air paip dan elektrik, malah sampai sekarang ramai juga yang tinggal di sana tidak menikmati bekalan elektrik. Tidak apa kerana di sana masih ada sungai yang airnya mengalir lesu dan kekadang alirannya marah (banjir besar) entah kenapa.
Oleh : ISMAILY BUNGSU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan