07 Julai 2012

PANAS.... MARINA..YANG BOLEH AJAR KEEGOWAN DR.MAHATHIR !!!

Mahathir seperti disindir anaknya



APA sikap Marina, puteri sulung Dr. Mahathir terhadap kerajaan sekarang tidak diketahui, tetapi dia dan anaknya ikut sama dalam tunjuk perasaan Bersih 2.0. Memang ada komennya tidak selesa dengan reaksi polis dan kerajaan semasa terhadap demonstrasi itu. Saya tidak mengikuti perkembangannya dalam Bersih 3.0.

Hingga ini tidak siapa dapat mengandaikan Marina termasuk dalam kumpulan orang tidak senang dengan kerajaan yang ada dan tidak diduga akan menyertai gerakan untuk menukar pentadbiran Putrajaya.

Apa pun kehadiran Marina dalam Bersih 2.0 dulu boleh dikira menyindir bapanya yang mempertahankan kerajaan yang ada sekarang.


Walaupun Dr. Mahathir tidak 100 peratus setuju dengan pentadbiran Najib, tetapi umumnya dia mempertahannya baik buruk mahu pun sebaliknya. Dia menentang semua siri demonstrasi Bersih dan tidak memberi muka kepada usaha Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya.

Siri demonstrasi Bersih ditujukan terhadap ketidakadilan kerajaan Barisan Nasional dan ia tuntutan untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih.

Apabila Marina dan anaknya menyertainya, atas apa alasan jua, dia boleh dikira menyokong tuntutan itu. Dia tahu bapanya tidak setuju dengan kegiatan Bersih itu tetapi dia hadir pada kegiatan yang bapanya tidak suka.

Sekali pun Marina tidak mengkritik bapanya atau membuat pandangan yang berbeza dengan bapanya, kehadirannya dalam Bersih 2.0 boleh dikira menyindir bapanya sendiri.

Mungkin dia tidak berniat begitu. Dia mungkin menggunakan kebebasan sekadar bersama dengan orang yang tidak seronok dengan pentadbiran Najib. tetapi keberadaannya itu dikira satu menyindir kerajaan dan menyindir bapanya.

Dr. Mahathir berhak menyatakan tidak senang dengan penyertaan anaknya. Orang luar tidak tahu apakah keduanya anak beranak itu ada membincangkannya secara keluarga tentang pro dan kontra siri tunjuk perasaan Bersih itu, tetapi orang sudah menyaksikan Mahathir menegur penyertaan anaknya dalam Bersih 2.0 dulu.

Sebagai negarawan dia dipercayai tidak mengongkong kebebasan berfikir anak-anaknya, tetapi dia tidak seronok dengan kehadiran anak dan cucunya itu.

Mungkin dia sudah menyatakan kepada anaknya apa buruk unjuk rasa itu dan mengapa ia tidak wajar disokong secara anak beranak. Tetapi sebagai bapa dia telah membuat teguran terbuka kepada anak.

Baiknya Marina tidak pula membuat komen atas teguran bapanya. Tidak diketahui dia terima teguran itu atau dia mengira apa yang dibuatnya betul.
Sebagai anak Marina mengambil sikap yang betul apabila berdiam diri. Tidak elok anak dilihat berbalah dengan ayah dalam media. Apa lagi kalau anak itu memalukan bapa.

Apa pun umum boleh membuat andaian bahawa anak Dr. Mahathir juga tidak semestinya setuju dengan dasar dan politiknya. Kalau anaknya ada pandangan berbeza dengan bapa tentang satu-satu perkara atau banyak perkara, maka Dr. Mahathir tidak boleh paksa semua orang mesti menerima pandangannya.

Apa pun Dr. Mahathir tidak menyatakan apa buruknya kepada kerajaan, rakyat dan negara bila Marina menyertai Bersih 2.0. Yang dibantahnya sekadar ia boleh menjejaskan peluang adiknya, Mukhriz dalam politik.

Jika itu saja, tidaklah bantahan itu dibuat atas kepentingan nasional, sedang penyertaan Marina dalam Bersih 2.0 itu ada kaitnya dengan kepentingan nasional, demokrasi, keadilan dan kebenaran.

Harakah- Oleh Subky Latif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan