23 Julai 2012

Panas! Kontraktor Negeri PM Kecewa Tiada Projek.

Derita kontraktor kelas F
NKRA di Sabah juga banyak projek diberi kepada Kroni

KUANTAN – Kira-kira 1,600 kontraktor Kelas F merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertimbangkan kemasukan projek pembinaan dan pembaikan dalam usaha untuk meningkatkan serta menstabilkan pendapatan mereka.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Kelas F Negeri, Ahmad Faiz Zulkifly berkata, ramai ahli

persatuan tidak dapat sebarang projek hingga sebahagiannya terpaksa gulung tikar memandangkan kebanyakan projek disalurkan kepada kontraktor kelas lain.

“Kami juga penjana ekonomi negara, namun sering dianaktirikan. Sedangkan kebanyakan daripada kami bukan sahaja mempunyai keluarga, malah perlu menanggung sekurang-kurangnya lima pekerja di bawah kelolaan syarikat.

“Sekiranya peruntukan terlalu kecil, keadaan tersebut menyukarkan kami meneruskan pekerjaan ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, baru-baru ini.

Ahmad Faiz berkata, perhatian Perdana Menteri juga amat penting dengan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan untuk kontraktor terbabit dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi negara.

Menurutnya, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tentu dapat menilai sejauh mana keperluan kontraktor sama seperti golongan peneroka, nelayan, kartunis dan pemandu teksi.

“Sebagai contoh dalam pemberian kerja menerusi undian. Seramai 300 kontraktor hadir, namun jumlah kerja kurang daripada 10. Keadaan itu menunjukkan ketidakseimbangan penyaluran jumlah projek.


“Peluang untuk mendapat projek begitu tipis. Malah ada dalam kalangan kontraktor tidak mendapat sebarang kerja selama tiga tahun sedangkan mereka perlu membayar gaji pekerja, sewa pejabat, memperbaharui lesen dan sebagainya,” katanya.

Komen: Kerajaan BN hanya mengutamakan projek-projek Besar untuk memperkayakan Krontaktor kroni juga masalah kekurangan Dana dari kerajaan pusat memburukan lagi keadaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan