24 Jun 2012

UMNO@UMEO PARTI ETNIK MELAYU BUKAN BANGSA MELAYU



Salahguna istilah, UMNO sepatutnya UMEO

Tahukah anda seharusnya UMNO menggunakan UMEO? Mengapa saya berkata begitu?


United Malay National Organization (UMNO) lebih sesuai digantikan kepada United Malay Ethnic Organization (UMEO). UMNO adalah sebuah parti yang mewakili etnik atau kaum Melayu dan bukannya bangsa Melayu.

Jika tetap mahu menggunakan istilah “Bangsa”, UMNO perlu mencadangkan agar berlakunya sedikit perubahan dalam perlembangaan persekutuan.

Ambil konsep “Melayu” sepertimana yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin Al Helmy. Lebih jelas menggambarkan sebuah negara bangsa.

Penyalahgunaan istilah yang berleluasa dalam Bahasa Melayu


23 JUN — Banyak istilah yang terang-terangan salah dalam bahasa Melayu. Contohnya Amerika Syarikat. Saya yakin ianya diterjemah langsung dari bahasa Indonesia yang menggunakan “Amerika Serikat”. Syarikat dan Serikat adalah dua perkara berbeza. Syarikat adalah “company” dalam bahasa Inggeris manakala Serikat ertinya “Union”. Jadi, terjemahan yang paling sesuai untuk “United States of America” adalah “Kesatuan Amerika”.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan ramai lagi”. Ayat ini pasti anda akan temui apabila membaca pengenalan tentang negara kita. Sebenarnya, ayat diatas seharusnya berbunyi begini, “Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai etnik atau kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan ramai lagi”.

Melayu boleh dipanggil bangsa Melayu jika Almarhum Dr. Burhanuddin Al Helmy adalah perdana menteri pertama dan bukan Tunku Abdul Rahman. Dalam bukunya yang bertajuk Perjuangan Kita, dengan jelas Dr. Burhanuddin ketengahkan konsep “Melayu sebagai rakyat kepada Malaya”.

Pada ketika itu, konsep “Melayu” masih lagi diperdebatkan. Melayu seperti yang dipanggil pada hari ini masih belum wujud dan terpecah kepada Bugis, Banjar, Jawa, Minang, Darah Keturunan Arab (DKA), Darah Keturunan Keling (DKK) dan pelbagai lagi.

Hari ini, Melayu adalah kesatuan kepada Bugis, Banjar, Jawa, Minang, DKA, DKK dan pelbagai lagi. Oleh itu, Melayu itu adalah etnik dan bukannya bangsa. Bersesuaian dengan konsep Melayu pada hari ini. Begitu juga Cina dan India. Cina boleh dipanggil bangsa Cina apabila ianya merujuk kepada rakyat China. India juga lebih sesuai jika kita merujuk kepada rakyat negara India. Etnik atau kaum lebih sesuai digunakan jika kita merujuk kepada Cina dan India di Malaysia.

United Malay National Organization (UMNO) lebih sesuai digantikan kepada United Malay Ethnic Organization (UMEO). UMNO adalah sebuah parti yang mewakili etnik atau kaum Melayu dan bukannya bangsa Melayu. Jika tetap mahu menggunakan istilah “Bangsa”, UMNO perlu mencadangkan agar berlakunya sedikit perubahan dalam perlembangaan persekutuan. Ambil konsep “Melayu” sepertimana yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin Al Helmy. Lebih jelas menggambarkan sebuah negara bangsa.

Apabila menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz, menghentam UMNO, beliau seringkali menghentam “faham kebangsaan” atau dalam bahasa Inggeris nya merujuk kepada “Nationalism”. Beliau terkeliru dengan penggunaan istilah. Sebenarnya, ia merujuk kepada fahaman politik etnik atau kaum yang menjadi ideologi UMNO.

Tidak ada masalah dengan fahaman “Nasionalis”. Seorang nasionalis akan meletakkan kepentingan negara melebihi dari kepentingan politik atau diri sendiri. Kita boleh huraikan dan bahas lagi mengenai nasionalisme dalam penulisan akan datang. Istilah-istilah yang salah dalam bahasa Melayu perlu dibetulkan semula. Pakar-pakar bahasa perlu mula membuat kerja. Jangan biarkan rakyat Malaysia terus berada dalam kesesatan. Apalagi apabila bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan bagi negara.

* Pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis. -Amin Iskandar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan