17 Jun 2012

Umno-BN bukan saja "Flip-flop" tapi Kaki " U-Turn " !

Noh Akui Penstrukturan Semula Cara Terbaik Selesai Isu Air




SHAH ALAM, 14 JUN : Datuk Seri Noh Omar akhirnya mengakui bahawa masalah sebenar air di Selangor berpunca daripada keengganan syarikat konsesi menerima tawaran Kerajaan Negeri untuk menstruktur semula perkhidmatan air.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, Noh secara tidak langsung mengakui bahawa isu air di Selangor hanya akan selesai sekiranya penstrukturan semula dilakukan.Ini kerana, ia akan memberi perkhidmatan lebih berkualiti, cekap dan pada harga munasabah kepada pengguna di Lembah Klang.

“Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sedar bahawa kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.4 peratus adalah kerana ketidakupayaan Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

“Kita amat menghargai keprihatinan Noh yang mengakui penstrukturan semula ini menemui jalan buntu kerana syarikat konsesi enggan menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Bagaimanapun, Faekah tetap mempersoalkan penglibatan Noh sebagai Menteri Kabinet dari Selangor untuk memujuk Kerajaan Pusat membenarkan penstrukturan semula air seperti yang dikehendaki Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

Soalnya, adakah Noh tahu bahawa Kerajaan Selangor menawarkan keuntungan 12 peratus kepada syarikat-syarikat konsesi bagi pengambil alihan ini yang menepati piawaian antarabangsa.

Kerajaan Pusat pada Januari 2008 bersetuju untuk membenarkan Kerajaan Selangor mengurus perkhidmatan air, namun membuat ‘u-turn’ selepas Umno-BN kalah pada PRU-12.

Tidak terkecuali, Umno-BN turut membuat ‘u-turn’ tidak sampai 24 jam berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan menjadikan pelajar-pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) sebagai tebusan politik.

“Jika Noh tahu tentang perkara ini, adakah ini bermakna beliau setuju dengan permintaan Syabas dan Puncak Niaga yang meminta keuntungan sehingga 75 % (untuk pengambilalihan) dan akhirnya rakyat terbeban dengan kenaikan tarif air.

“Adakah Noh berani untuk mengakui beliau lebih mengutamakan kepentingan syarikat konsesi berbanding kebajikan rakyat? soalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan