06 Jun 2012
ISU PTPTN :KERAJAAN SELANGOR WAJAR MULAKAN PENDIDIKAN PERCUMA
Kita lihat Kerajaan najib mempunyai sifat yang SEMPIT kerana mempunyai perasaan dendam yang mendalam kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pandangan yang berbeza. Penafian ini adalah tidak wajar semua rakyat mesti dilayan dengan sama. Kita lihat apa yang dilakukan oleh Dr.Mahathir terhadap negeri Kelantan banyak perkara utama disekat isu pelaburan, lebuh raya dan terbaru menafikan pembayaran royalti minyak slogan pembela bangsa hanya lakonan mereka sahaja tapi sifat mereka lebih teruk dari orang kafir dan yahudi.
Dalam kes pelajar baru Uni-Sel yang gagal untuk mendapatkan pinjaman PTPTN apabila dibekukan oleh perbadanan tersebut tanpa sebab wajar perkara ini diatasi oleh kerajaan PR.
Jadi kerajan PR yang menerajui Selangor perlu memikir sesuatu yang positif menerusi janji buku jingga salah satunya penghapusan PTPTN diganti dengan pendidikan percuma. Buka mesinkira atau helaian Excel kita conggak kalau 1000 pelajar baru kita bagi biasiswa dengan RM12,000 setahun, baru berjumlah RM12 juta sahaja tak banyakan kalau dibandingkan RM600juta geran selangorku untuk rakyat.
Syaratnya mudah kita bagi kepada pelajar dari keluarga yang pendapatan dibawah RM5,000, saya masih teringat zaman Tun husin menjadi PM setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran ke kolej atau Universiti akan ditawarkan basisiwa padahal kerajaan waktu itu mempunyai pendapatan yang tidak sebanyak hari ini puncanya mudah kerajaan itu tiada rasuah dan pembaziran.
UNi Selangor dinafikan dari piNjman PTPTN-Bukti Slogan-Slogan Najib Sekadar Sampah
Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut. Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel. Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor. ~malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan