23 Mei 2012

POLITIK SHAFIE APDAL...GOYANG DI SABAH!

POLITIK SEMPORNA MULA MEMBADAI
SKANDAL.....Apakah Skandal Seks Shafie Apdal yang akan didedahkan Dayangku Intan menjadi penamat kesombongan Shafie atau Naib Presiden UMNO ini terus GAH di persada politik tanah air?

SEBILANGAN besar penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan kepulauan Semporna yang dibelenggu kemiskinan serta kedaifan hidup telah bertekad untuk tidak lagi memberikan undi kepada tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna pada PRU-13.

Menurut mereka hanya kroni-kroni, saudara mara serta kaum kerabat Wakil Rakyat sahaja yang mendapat pembelaan istimewa, terutama mendapat tanah dan projek; sedangkan rakyat biasa masih dirantai kemiskinan. Yang paling ketara sekali daripada jumlah 49 buah kampung, 11 daripadanya yang telah di lawati oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli baru-baru ini bersama-sama Wartawan Kanan Sabahkini.Net; termasuk Kampung Pulau Bum-Bum, Pulau Simandeh, Pulau Larapan, Pulau Tandoan, Pulau Labuan Haji, Pulau Selakan, Pulau Omadal, Pulau Bait, Pulau Pababag, Pulau Manampilik dan Pulau Denawan; ternyata telah terpinggir dan ketinggalan jauh dalam menikmati arus perdana pembangunan negara sejak 20 tahun lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya tiada pentuntukan, tetapi saban tahun tiga (3) ADUN dan ADR mendapat peruntukan beratusan juta bagi membangunkan kawasan yang diwakili, tetapi mungkin disengajakan dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang tempatan sahaja .

Persoalannya bukankah pemimpin BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di negeri ini, khususnya di Semporna yang secara automatik mendapatkan kerayatan yang berstatus Bumiputera melalui kad pengenalan projek? Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.

Dalam tinjauan dan penyelidikan rambang yang dilakukan Sabahkini.net, jika empat generasi Bajau tulen yang lahir di Semporna berpaling tadah kepada pembangkang, terutama PKR, maka BN hanya akan memperolehi undi daripada suku kaum Bajau/Suluk daripada Filipina yang diberikan MyKad projek dan akan kehilangan semua kerusi (tiga DUN dan satu Parlimen) di Semporna.

Dalam pada itu desas-desus yang bertiup kencang bahawa PKR telah menamakan empat orang tokoh muda untuk menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya); Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen Semporna).

Kini, senario politik di Semporna mula membadai dan bakal membuat kejutan kerana rata-rata rakyat di daerah ini mahukan perubahan besar dalam pelbagai aspek termasuk politik untuk mengeluarkan mereka daripada mimpi siang sejak 20 tahun berada di bawah ketiak Shafie Apdal dan ADUN yang bersilih ganti.


Walaupun Semporna kaya dengan khazanah alam semula jadi untuk menjana ekonomi rakyat, namun disebabkan ketiga-tiga ADUN dan ADR tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan daya pemikiran yang luas; maka terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan, seolah-olah 'tidak berkerajaan lagi'.

Apapun ini, semuanya bergantung penilaian terhadap diri empat orang yang disebut-sebut sebagai calon DUN dan Parlimen yang bakal diketengah PKR pada PRU 13 untuk menamatkan penderitaan rakyat Semporna.-SK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan