03 Mei 2012

KEKACAUAN BERSIH 3.0 DIRANCANG OLEH BN?

Pasca demo: Bersih 4.0 atau Revolusi? (3)
Oleh: MSK

Sebelum perhimpunan Bersih, semua orang bercakap tentang tuntutan 8 perkara supaya pilihanraya dapat dilakukan dengan bersih dan adil. Hampir setiap hari, gambar-gambar dan berita yang disiarkan berkisar tentang Ambiga dan Maria Chin. Manakala dipentas ceramah, Pak Samad menjadi bintang setiap malam.

Tapi selepas perhimpunan Bersih, kesemua mereka hilang dari radar. Yang diceritakan setiap hari bukan tentang sama ada tuntutan 8 perkara itu, sebaliknya tentang kekejaman polis, Azmin dan Anwar.

Media pro-Pakatan bercerita tentang kekejaman polis, media antarabangsa megutuk BN manakala media pro-BN mensensasikan siapa yang menjadi pencetus kepada kekacauan.

BN boleh kata Anwar sebagai pencetus kekacauan, tapi bila dilihat kepada gambar-gambar yang disiarkan dan propaganda yang dihamburkan, masing-masing boleh membuat persepsi. Aku boleh cerita bahawa Menteri dalam Negeri memerhati dan memberi arahan kepada kepada polis untuk bertindak. Bahawa semua kekacauan itu dirancang oleh BN dengan menggunakan gambar dibawah.

Hujah aku boleh ditambah dengan menggunakan gambar-gambar dibawah. Mengapa Unit Tindakan Khas yang lengkap bersenjata diperlukan dalam perhimpunan aman seperti ini? Apakah tujuan mereka untuk membuat provokasi? ataupun bersedia untuk melakukan sesuatu?





Aku boleh kata bahawa BN sudah bersedia mempergunakan polis untuk melakukan kekacauan. Dan apa yang perlu mereka lakukan ialah melakukan sesuatu untuk mencetuskan api kekacauan. Dan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Azmin, hanya memudahkan perancangan yang dibuat oleh BN.

Anwar dan Azzmin boleh bagi macam-macam alasan dan penjelasan, tapi sama ada betul atau salah, bukan lagi ditentukan oleh mereka. Facebook dan Youtube menjadi saksi tentang apa yang berlaku.

Siapa betul..siapa salah. Siapa benar dan siapa bohong?

Kebenaran dan kebatilan sudah menjadi kabur. Siapa yang putih dan siapa yang hitam sudah tidak dapat dipastikan. Yang ada hanyalah “shades of grey”.

Aku bukan nak cakap tentang hardcore. Hardcore BN akan tetap mengatakan BN betul. Hardcore Pakatan tetap akan mengatakan PR betul. Tapi macam mana dengan yang ditengah-tengah?

Dina Zaman menulis dalam Malaysian Insider.

Except that we were not *that* united. Elements in the crowd were confusing the issue. By the time we had reached Masjid Jamek, there were pockets of people shouting ‘F*** Lynas,’ ‘Hancur BN’ and that late 1990s terminally ill horse, ‘Reformasi’. Many genuine Bersih supporters shook their heads quietly at that, but nobody was going to gainsay another’s right to freedom of expression, I guess.”

What can we Malaysians expect post April 28, 2012? With a video circulating showing that Anwar Ibrahim and Azmin Ali had ordered the Dataran breach, this does not bode well for Pakatan and the rakyat. This is a massive public relations disaster.

Erna Mahyuni juga menulis di Malaysian Insider.

“It’s no secret that most of our politicians are idiots. Exhibit A, for me, is a “gem” of a tweet from a PKR leader in which she basically said that so-called “neutrals” want Pakatan Rakyat to be perfect yet “make excuses” for Barisan Nasional.

What is with this “you’re either with us or against us”-policy with Pakatan Rakyat? When you point out the opposition pact’s flaws, poor decisions and general lack of leadership — especially where PKR is concerned — you’re painted as a BN stooge/apologist.”

Kesimpulannya? Tak ada kesimpulan tapi masih banyak yang bersimpul selepas Bersih 3.0.

Orang-orang Islam percaya bahawa ada dua malaikat yang sentiasa mecatat apa yang kita buat. Rakib dan Atid. Dua malaikat ini mencatat apa saja yang kita buat. Tak boleh nak bohong.

Dalam dunia ini pun dah ada dua malikat. Facebook dan Youtube. Apa saja yang kita buat semua dicatat. Tak kira diatas jalanraya ataupun dalam jamban..ada saja yang memerhatikan.

Apakah akan ada Bersih 4.0 selepas ini?

Bersih 3.0 adalah berkenan dengan tuntutan untuk mengadakan pilihanraya Bersih dan adil. Kalau melihat kepada kehadiran diseluruh negara, Najib kecut perut. Najib sudah pasti akan menangguhkan pilihanraya dan bersandiwara lagi kononnya akan melakukan reform dalam SPR. Kalau itu alasan Najib, apakah alasan untuk mengadakan Bersih 4.0?

Kita tak ada alasan untuk mengadakan Bersih 4.0 selagi pilihanraya tidak diadakan.

Bagaimana pula kalau pilihanraya tetap diadakan tanpa reformasi SPR? Daftar Pemilih masih lagi kotor, dan akhirnya BN menang juga?

Masa itu, Bersih 4.0 juga mungkin tidak akan dapat dilakukan…kerana rakyat akan terus kejalanraya tanpa menunggu Ambiga atau Anwar. Revolusi tidak akan dapat dielakkan kerana perjuangan Bersih adalah untuk mengembalikan hak-hak demokratik rakyat Malaysia. Bersih bukan milik Ambiga atau Anwar..ia adalah milik semua rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan